Assalamualaikum ya akhi wa ukhti...
Bismillahiramannirahim dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Aku gadis biasa.
Yang tidak punya apa-apa.
Masih bertatih mencari redha,
masih mentafsir erti bahagia.
Aku gadis biasa.
Tidak semesra yang lain dan
kadangkala tidak peduli apa kata orang terhadapnya.
Hidup bukan untuk membuat orang suka kerana redha Allah bukan kerana redhanya manusia.
Jika aku leka, tegurlah.
Jika aku lupa, ingatkanlah.
Kerana aku hanyalah gadis biasa.
Tidak mungkin sempurna ;)
" Percikan Kehidupan "
Tuesday, 24 September 2013
Sunday, 22 September 2013
Kuntum Perdamaian
Bismillahirahmannirahim....
Assalamualaikum ya akhi wa ukhti, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana masih diberi peluang untuk beramal dengan membuat kebaikan dan menjaga setiap suruhan-Nya. Subhanallah, subhanallah, subhanallah. Aku percaya setiap yang Engkau tentukan adalah yang terbaik untuk hamba-Mu.
Selepas abang tamat darjah 6, tinggal aku yang masih meneruskan pengajian sehingga tamat UPSR.
Alhamdulillah, aku mendapat keputusan yang cemerlang yang boleh membanggakan abah dan mama. Betullah kata orang perasaan kita pada saat itu tidak boleh digambarkan secara zahir kerana ianya adalah perasaan dari dalam hati. Aku mendapat banyak penghargaan sepenjang belajar di sini dan aku antara yang menjadi tumpuan para guru.
Sepanjang aku di sini, ada manis dan ada pahitnya jua. Manusia, tidak pernah lari daripada perasaan hasrat dengki dan penuh dendam. Bagi aku itu semua adalah sesuatu yang sia-sia. Tapi ia adalah realiti yang berlaku, tanpa menguntum senyuman sekali pun, tanpa bertegur sapa, tanpa kenal antara satu sama lain mereka mula mendajalkan aku. Mereka cuba menjatuhkan aku, sehingga satu hari mereka mengejek abang aku. Ya Allah di saat itu, aku tidak nampak sesiapa, aku pantang jika keluarga aku yang lain dikaitkan sama. Jika benar ingin menaruh dendam sekali lepaskan pada aku, jangan libatkan yang lain. Belum sempat mereka habiskan kata-kata tersebut, tangan aku sampai ke pipi mereka. Ya, mereka terkejut dengan tindakanaku, tapi itulah aku.
Keadaan ini terus menerus sehingga tahun seterusnya, salah seorang daripada mereka ada adik yang sebaya dengan aku. Adiknya turut berdendam dengan aku tanpa sebab yang muhasabah, aku hanya menunggu rentak yang dimainkan. Ya Allah hitamnya hati dia, sehingga markah peperiksaan pun menjadi taruhan dan dendam baginya. Aku sering mendahului dia, dan dia akan sakit hati dan melepaskan kemarahan dengan pelbagai cara.
Aku sering berpesan kepada dia agar hentikan sengketa ini, aku takut, aku tidak dapat mengawal diri apabila tiba satu masa. Dan apa yang takutkan berlaku jua, dia mencabar aku dan melanggar benteng kesabaran aku. Aku telah memukul dia, pukul tanpa henti. Ramai yang cakap, budak perempuan kalau bergaduh mesti tarik rambut. Salah, itu bukan aku. Menangis tak berlagu aku kerjakan, kawan-kawan dia yang lain semua terdiam dan tidak ada seorang pun yang datang menolong.
Sejak peristiwa itu, aku ingat ianya akan berakhir tetapi sangkaan aku sama sekali meleset. Dia masih berdendam sehinggalah pada hari peperiksaan UPSR, hari pertama dia datang meminta maaf kepada aku. Huluran tangan dia, aku sambut mesra dan aku bersyukur ada keinsafan di dalam diri dia akhirnya. Terima kasih Ya Allah.

![]() |
| SALAM KEMAAFAN |
Saturday, 21 September 2013
Alam Persekolahan Baru
Assalamualaikum.....
Bismillahiramannirahim, syukur alhamdulillah kepada Allah s.w.t.Pagi ini terdetik di hati kecilku untuk mencoretkan perjalanan persekolahan baru di tempat yang baru saja kami tiba. Perasaan aku masih lagi bercampur kerana masih dalam proses penyesuaian diri dengan keadaan baru.
Jam dinding di ruang tamu menunjukkan pukul 5.30 pagi. Aku berada di ruang tamu setelah tersedar dari tidur, mata aku terus menerus melihat jam itu berjalan dan fikiran aku hanya memikirkan mengenai hari pertama aku untuk ke sekolah baru. Kemudian aku dikejutkan oleh satu suara yang datang dari arah belakang, "Awal bangun, pergi laa mandi," ujar mama sambil melangkah menuju ke arah bilik air.
Agak berdebar rasanya pagi itu, aku dan abang bersiap-siap untuk ke sekolah. Nampak bersemangat tapi di dalam hati "Ya Allah tenang la wahai hati." Sampai di sekolah abah menguruskan semua urusan dan kami dibawa ke kelas masing-masing.
![]() |
| BANGUNAN SEKOLAH |
![]() | ||
SUASANA KELAS
|
Hidup Baru
"Bismillahirahmannirahim, segala puji bagi Allah. Pencipta langit, bumi, lautan dan daratan. Sungguh hidup ini tidak boleh diduga, semuanya di luar pemikiran dan kuasa kita. Semuanya takdir Allah dan kerana itu kita perlu percaya pada qada' dan qadar Allah."
Tiba-tiba aku terfikir akan sekolah baruku, adakah mereka akan berkawan denganku yang tidak seberapa. Adakah mereka akan berjalan denganku yang buruk. Ya Allah, sesungguhnya aku takut bila memikirkan semua ini. Aku harus kuat dan aku harus kuat dan kuat. Walau apa yang bakal terjadi itu semua hanya opera di pentas lakonan. Bodohnya aku memikirkan perkara-perkara negatif tanpa fikir akan perkara positif walau sebesar zarah.
"Eh, kat sini rupanya..." sahut mama. "Jom makan sama-sama, " tambah mama. Aku hanya mengikuti mama dari belakang untuk sarapan bersama yang lain.
Abah membuka bicara memecahkan suasana sepi di meja makan, "Ok ke tinggal sini?" tanya abah. "In shaa Allah, semuanya akan baik dan kami akan cuba sesuaikan diri dengan persekitaran sini," jawab abang ngah.
Selesai sarapan, kami mengemas rumah dan mula mengeluarkan barang-barang dari kotak. Kami cuba untuk menyiapkan segalanya secepat mungkin supaya selesa dan nyaman apabila berada di rumah.
![]() |
| RUMAH KECIL KAMI |
Tuesday, 17 September 2013
Titik Kegelapan
" Kita pindah, muktamad," ujar abah dengan suara yang keras.
Anak-anak terdiam dan kaku untuk berbicara. Mama juga tidak boleh buat apa-apa, hanya mampu mengikut keputusan abah. Kami terpaksa menerima walau pun hati tidak pernah merelakannya. Perasaan pada masa itu kelam, terasa berat untuk memikulnya.
Salah faham yang menjauhkan silaturrahim keluarga. Mewujudkan jurang antara saudara, antara benci dan kasih sayang, antara ayah dan suami, antara keluarga dan anak-anak, semuanya menjadi titik terakhir perpisahan. Menjadi titik permulaan untuk mencari kembali keabadian cinta sebuah keluarga di tempat yang baru.
BELANTARA HITAM
" Mungkin perancangan Allah itu lebih baik,ada hikmah di sebalik apa yang berlaku."Selalu aku memberi gambaran positif terhadap apa yang berlaku untuk menguatkan hati dan perasaan.
Aku harus kuat, setiap hari itulah yang aku tanam di dalam hati untuk menempuh suasana baru, kawan-kawan baru, sekolah baru dan persekitaran baru.
Ku Ukir Rindu
Monday, 16 September 2013
Selumbar Hati
Riangnya si adik bermain bersama kakak dan abang-abang, seperti selalu bermain di halaman dengan saudara sebelah rumah. Alangkah seronoknya seorang kanak-kanak perempuan yang masih kecil, yang masih tidak mengenal kehidupan ini yang sebenar dapat bermain bersama dengan kawan-kawan dan keluarga.
Keriangan itu hanya seketika, minit tidak pernah menunggu kita walau sesaat. Semua kegembiraan itu dirampas oleh sebuah kemalangan yang tidak disangka.
Ya Allah sesungguhnya pada saat itu, hanya air mata mengiringi si kecil. Sedang si kecil seronok melihat telatah abangnya, kayu lama jatuh menimpa dirinya. Jeritan kesakitan kedengaran sampai ke telinga abah dan mama. Betapa paniknya mama pada masa itu, si kecil tidak berhenti menangis. Abang terdiam kaku di satu sudut meraih rasa bersalah terhadap si adik.
Masa sentiasa berjalan tanpa henti dan kita sebagai hambaNya tidak berhak untuk mengembalikan keadaan seperti biasa. Bukan kemahuan tetapi takdir yang telah Allah s.w.t. tetapkan. Redha dengan perancanganNya, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Alhamdulillah dan aku memanjatkan kesyukuran terhadapMu masih diberi peluang untuk terus bernafas di dunia sehingga hari ini kerana di luar sana masih ada yang lebih perit cubaan buat diri mereka berbanding aku yang diberi ujian sekecil ini.
Untuk abang, aku tak pernah menyimpan walau secalit dendam terhadapmu. Cukuplah dengan kasih sayang yang engkau curahkan selama ini, itu lebih berharga dari segalanya. Si kecil yang dulu akan sentiasa sayang abang, sampai sekarang sayang itu tak pernah berkurang malahan semakin bertambah.
Maaf, inginku simpan tetapi ia perlu diluahkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)