" Percikan Kehidupan "

" Percikan Kehidupan "

Monday, 16 September 2013

Selumbar Hati

Riangnya si adik bermain bersama kakak dan abang-abang, seperti selalu bermain di halaman dengan saudara sebelah rumah. Alangkah seronoknya seorang kanak-kanak perempuan yang masih kecil, yang masih tidak mengenal kehidupan ini yang sebenar dapat bermain bersama dengan kawan-kawan dan keluarga. 
Keriangan itu hanya seketika, minit tidak pernah menunggu kita walau sesaat. Semua kegembiraan itu dirampas oleh sebuah kemalangan yang tidak disangka.

Ya Allah sesungguhnya pada saat itu, hanya air mata mengiringi si kecil. Sedang si kecil seronok melihat telatah abangnya, kayu lama jatuh menimpa dirinya. Jeritan kesakitan kedengaran sampai ke telinga abah dan mama. Betapa paniknya mama pada masa itu, si kecil tidak berhenti menangis. Abang terdiam kaku di satu sudut meraih rasa bersalah terhadap si adik.

Masa sentiasa berjalan tanpa henti dan kita sebagai hambaNya tidak berhak untuk mengembalikan keadaan seperti biasa. Bukan kemahuan tetapi takdir yang telah Allah s.w.t. tetapkan. Redha dengan perancanganNya, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Alhamdulillah dan aku memanjatkan kesyukuran terhadapMu masih diberi peluang untuk terus bernafas di dunia sehingga hari ini kerana di luar sana masih ada yang lebih perit cubaan buat diri mereka berbanding aku yang diberi ujian sekecil ini. 

Untuk abang, aku tak pernah menyimpan walau secalit dendam terhadapmu. Cukuplah dengan kasih sayang yang engkau curahkan selama ini, itu lebih berharga dari segalanya. Si kecil yang dulu akan sentiasa sayang abang, sampai sekarang sayang itu tak pernah berkurang malahan semakin bertambah.
Maaf, inginku simpan tetapi ia perlu diluahkan.

No comments:

Post a Comment