" Percikan Kehidupan "

" Percikan Kehidupan "

Wednesday, 11 June 2014

Aku yang lemah!

Bismilahirahmanirrahim ...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Sudah lama ana tidak berteman dgn sahabat ana yg nei,
Terasa rindu plak malam nei..
Ana sapu habuk cket yee. =D 

Sket jee ana nk luah,
Cuma untuk ringankan beban di kepala.

Sungguh selama nei, ana tiada kekuatan untuk meneruskan kehidupan.
Kenapa?

Sebab ana xmacam budak perempuan lain,
Ana ditimpa satu kemalangan kecil di rumah,
Tapi besar impaknya.


Siapa yang nak semua nei berlaku?
Ana malu untuk berdepan dgn kwan2,
Ana rasa rendah diri,

Ana sering diejek,
Bagaimana ana nk menahan diri supaya kuat?
Ana bukan besi yang tiada perasaan.

Ana cuba harungi semua itu,
Kadang ana terfikir kenapa Allah bagi ujian nei untuk ana,
Ana tak kuat nk hadapi..
Ana menangis, menangis dan menangis.


Apa boleh ana buat?
Ana bukan dari keluarga berada nk buat pembedahan,
Ibu bapa ana bukan org berduit,

kami biasa saja, sekadar cukup untuk keperluan.

Sehinggalah ana meningkat dewasa,
Remaja..jadi seorang gadis.
Ya Allah, masa nei lagi laa macam2 perasaan yang timbul dalam diri ana.
Berada di sekeliling ribuan remaja yang cerdik,
dikelilingi ribuan yang sempurna parasnya.
Tapi ana?

Tidak dapat ana gambarkan perasaan pada waktu itu,
semua seakan tertanya2 kenapa budak nei di sini?
Antum xthu perasaan ana,
ana hanya mampu pandang dan senyum.
tiada kekuatan untuk ana berbicara.
sudikah mereka berbual dengan ana.

ana mendiamkan diri, 
seakan ana berada di satu tempat yang sangat asing.
Tapi masa 2, ana kuat sebab satu benda je.
Sebab ana ingat abah dan mama ana,
ana ingat kegembiraan mereka,
ana boleh nampak mereka tersenyum pada ana.

Kejap je, ana dh msuk 22 tahun.
Setiap kali ana berdoa selepas solat, 
ana ada jugak bertanya kenapa ana ditakdirkan macam nei?
Kenapa ana, ana bukan pilihan tepat untuk diberikan ujian nei.
Kenapa ana kata mcm 2?
Sebab ana selalu menangis,
selalu sangat, lebih2 lagi jika ada yg bertanya.

Ana malu. 

Ana cuba positifkan diri,
ini ujian Allah, Allah beri semua nei sebab Dia sayang.
Janganlah sedih, jangn marah dengan Dia.
Setiap yang berlaku ada sebab,
Dia punya jawapan kepada setiap pertanyaan ana.
Ok, ana cuba jadi kuat.

Sebab 2 ana sangat berterima kasih kepada sahabat2 
yg sudi kwan dgn ana,
sebab ana thu ana xmacam mereka.
Tapi kadang2 ana ada jugak guris hati mereka,
ana mintak maaf, ana xder niat sbnarnya.
ana bersyukur setiap persinggahan ana, 
akan ada yg sudi menghulurkan tali persahabatan.

Maaf, ana memang lemah!
Lemah untuk hadapi ujian yang kecil,
orang lain lgi besar ujian mereka,
tapi ana, bru sikit tapi dh lembik.
tolong kuat, sikit2 nk nangis.
dh kenapa?

Ingat Allah,
Dia sayang, sebab tu Dia bagi ujian.

No comments:

Post a Comment