" Percikan Kehidupan "

" Percikan Kehidupan "

Sunday, 22 September 2013

Kuntum Perdamaian

Bismillahirahmannirahim....
Assalamualaikum ya akhi wa ukhti, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana masih diberi peluang untuk beramal dengan membuat kebaikan dan menjaga setiap suruhan-Nya. Subhanallah, subhanallah, subhanallah. Aku percaya setiap yang Engkau tentukan adalah yang terbaik untuk hamba-Mu.

Selepas abang tamat darjah 6, tinggal aku yang masih meneruskan pengajian sehingga tamat UPSR.
Alhamdulillah, aku mendapat keputusan yang cemerlang yang boleh membanggakan abah dan mama. Betullah kata orang perasaan kita pada saat itu tidak boleh digambarkan secara zahir kerana ianya adalah perasaan dari dalam hati. Aku mendapat banyak penghargaan sepenjang belajar di sini  dan aku antara yang menjadi tumpuan para guru.

Sepanjang aku di sini, ada manis dan ada pahitnya jua. Manusia, tidak pernah lari daripada perasaan hasrat dengki dan penuh dendam. Bagi aku itu semua adalah sesuatu yang sia-sia. Tapi ia adalah realiti yang berlaku, tanpa menguntum senyuman sekali pun, tanpa bertegur sapa, tanpa kenal antara satu sama lain mereka mula mendajalkan aku. Mereka cuba menjatuhkan aku, sehingga satu hari mereka mengejek abang aku. Ya Allah di saat itu, aku tidak nampak sesiapa, aku pantang jika keluarga aku yang lain dikaitkan sama. Jika benar ingin menaruh dendam sekali lepaskan pada aku, jangan libatkan yang lain. Belum sempat mereka habiskan kata-kata tersebut, tangan aku sampai ke pipi mereka. Ya, mereka terkejut dengan tindakanaku, tapi itulah aku.

Keadaan ini terus menerus sehingga tahun seterusnya, salah seorang daripada mereka ada adik yang sebaya dengan aku. Adiknya turut berdendam dengan aku tanpa sebab yang muhasabah, aku hanya menunggu rentak yang dimainkan. Ya Allah hitamnya hati dia, sehingga markah peperiksaan pun menjadi taruhan dan dendam baginya. Aku sering mendahului dia, dan dia akan sakit hati  dan melepaskan kemarahan dengan pelbagai cara.

Aku sering berpesan kepada dia agar hentikan sengketa ini, aku takut, aku tidak dapat mengawal diri apabila tiba satu masa. Dan apa yang takutkan berlaku jua, dia mencabar aku dan melanggar benteng kesabaran aku. Aku telah memukul dia, pukul tanpa henti. Ramai yang cakap, budak perempuan kalau bergaduh mesti tarik rambut. Salah, itu bukan aku. Menangis tak berlagu aku kerjakan, kawan-kawan dia yang lain semua terdiam dan tidak ada seorang pun yang datang menolong.

Sejak peristiwa itu, aku ingat ianya akan berakhir tetapi sangkaan aku sama sekali meleset. Dia masih berdendam sehinggalah pada hari peperiksaan UPSR, hari pertama dia datang meminta maaf kepada aku. Huluran tangan dia, aku sambut mesra dan aku bersyukur ada keinsafan di dalam diri dia akhirnya. Terima kasih Ya Allah.

SALAM KEMAAFAN

No comments:

Post a Comment