" Percikan Kehidupan "

" Percikan Kehidupan "

Saturday, 21 September 2013

Hidup Baru


"Bismillahirahmannirahim, segala puji bagi Allah. Pencipta langit, bumi, lautan dan daratan. Sungguh hidup ini tidak boleh diduga, semuanya di luar pemikiran dan kuasa kita. Semuanya takdir Allah dan kerana itu kita perlu percaya pada qada' dan qadar Allah."


Cahaya mentari yang menerobos masuk melalui celahan atap itu tepat menyimbah ke wajah aku. Ianya bagaikan disinari lampu sorot yang terang-benderang. Nafasku dilepaskan perlahan-lahan dan aku cuba menikmati suasana baru pada pagi itu. Di sebalik langsir itu, aku melihat jalan raya yang agak sesak dengan para ayah dan ibu yang keluar bekerja.

Tiba-tiba aku terfikir akan sekolah baruku, adakah mereka akan berkawan denganku yang tidak seberapa. Adakah mereka akan berjalan denganku yang buruk. Ya Allah, sesungguhnya aku takut bila memikirkan semua ini. Aku harus kuat dan aku harus kuat dan kuat. Walau apa yang bakal terjadi itu semua hanya opera di pentas lakonan. Bodohnya aku memikirkan perkara-perkara negatif tanpa fikir akan perkara positif walau sebesar zarah.

"Eh, kat sini rupanya..." sahut mama. "Jom makan sama-sama, " tambah mama. Aku hanya mengikuti mama dari belakang untuk sarapan bersama yang lain.

Abah membuka bicara memecahkan suasana sepi di meja makan, "Ok ke tinggal sini?" tanya abah. "In shaa Allah, semuanya akan baik dan kami akan cuba sesuaikan diri dengan persekitaran sini," jawab abang ngah.

Selesai sarapan, kami mengemas rumah dan mula mengeluarkan barang-barang dari kotak. Kami cuba untuk menyiapkan segalanya secepat mungkin supaya selesa dan nyaman apabila berada di rumah.

RUMAH KECIL KAMI

No comments:

Post a Comment