" Percikan Kehidupan "

" Percikan Kehidupan "

Friday, 13 September 2013

Tak Seindah Pelangi

"Bismillahirahmannirahim, segala puji bagi Allah. Pencipta langit, bumi, lautan dan daratan. Sungguh hidup ini tidak boleh diduga, semuanya di luar pemikiran dan kuasa kita. Semuanya takdir Allah dan kerana itu kita perlu percaya pada qada' dan qadar Allah."

Langit indah, awam biru bergerak perlahan-lahan, tanah ini masih basah dengan titisan hujan, daun-daun berembun dan tampak lebih segar dari biasa.
Petang itu warna-warna ceria membuatkan bibir terukir senyum, sangat manis.
Pelangi itu cantik, berwarna-warni.

"Alangkah indahnya hidup ini seindah pelangi di langit. Penuh ceria tanpa perlu melalui  kancah hidup yang berliku dan bergelora."
Geloranya lebih kuat daripada ombak yang membelah laut saban hari.






Aku tersedar dari sebuah mimpi.
"Ya Allah benarkah perkara ini? 
Jauhkanlah semua ini daripada hidupku.
Engkau selamatkanlah keluarga aku.
Sesungguhnya aku belum bersedia menghadapi sesuatu yang diluar kemampuanku.
Semoga aku tabah mengharungi dugaanMu."

2 comments:

  1. bahasa yang indah!tahniah saudari Rosmanirah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mawar...saya masih dalam proses permulaan :)

      Delete