Assalamualaikum ya akhi wa ukhti...
Bismillahiramannirahim dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Aku gadis biasa.
Yang tidak punya apa-apa.
Masih bertatih mencari redha,
masih mentafsir erti bahagia.
Aku gadis biasa.
Tidak semesra yang lain dan
kadangkala tidak peduli apa kata orang terhadapnya.
Hidup bukan untuk membuat orang suka kerana redha Allah bukan kerana redhanya manusia.
Jika aku leka, tegurlah.
Jika aku lupa, ingatkanlah.
Kerana aku hanyalah gadis biasa.
Tidak mungkin sempurna ;)
" Percikan Kehidupan "

Tuesday, 24 September 2013
Sunday, 22 September 2013
Kuntum Perdamaian
Bismillahirahmannirahim....
Assalamualaikum ya akhi wa ukhti, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana masih diberi peluang untuk beramal dengan membuat kebaikan dan menjaga setiap suruhan-Nya. Subhanallah, subhanallah, subhanallah. Aku percaya setiap yang Engkau tentukan adalah yang terbaik untuk hamba-Mu.
Selepas abang tamat darjah 6, tinggal aku yang masih meneruskan pengajian sehingga tamat UPSR.
Alhamdulillah, aku mendapat keputusan yang cemerlang yang boleh membanggakan abah dan mama. Betullah kata orang perasaan kita pada saat itu tidak boleh digambarkan secara zahir kerana ianya adalah perasaan dari dalam hati. Aku mendapat banyak penghargaan sepenjang belajar di sini dan aku antara yang menjadi tumpuan para guru.
Sepanjang aku di sini, ada manis dan ada pahitnya jua. Manusia, tidak pernah lari daripada perasaan hasrat dengki dan penuh dendam. Bagi aku itu semua adalah sesuatu yang sia-sia. Tapi ia adalah realiti yang berlaku, tanpa menguntum senyuman sekali pun, tanpa bertegur sapa, tanpa kenal antara satu sama lain mereka mula mendajalkan aku. Mereka cuba menjatuhkan aku, sehingga satu hari mereka mengejek abang aku. Ya Allah di saat itu, aku tidak nampak sesiapa, aku pantang jika keluarga aku yang lain dikaitkan sama. Jika benar ingin menaruh dendam sekali lepaskan pada aku, jangan libatkan yang lain. Belum sempat mereka habiskan kata-kata tersebut, tangan aku sampai ke pipi mereka. Ya, mereka terkejut dengan tindakanaku, tapi itulah aku.
Keadaan ini terus menerus sehingga tahun seterusnya, salah seorang daripada mereka ada adik yang sebaya dengan aku. Adiknya turut berdendam dengan aku tanpa sebab yang muhasabah, aku hanya menunggu rentak yang dimainkan. Ya Allah hitamnya hati dia, sehingga markah peperiksaan pun menjadi taruhan dan dendam baginya. Aku sering mendahului dia, dan dia akan sakit hati dan melepaskan kemarahan dengan pelbagai cara.
Aku sering berpesan kepada dia agar hentikan sengketa ini, aku takut, aku tidak dapat mengawal diri apabila tiba satu masa. Dan apa yang takutkan berlaku jua, dia mencabar aku dan melanggar benteng kesabaran aku. Aku telah memukul dia, pukul tanpa henti. Ramai yang cakap, budak perempuan kalau bergaduh mesti tarik rambut. Salah, itu bukan aku. Menangis tak berlagu aku kerjakan, kawan-kawan dia yang lain semua terdiam dan tidak ada seorang pun yang datang menolong.
Sejak peristiwa itu, aku ingat ianya akan berakhir tetapi sangkaan aku sama sekali meleset. Dia masih berdendam sehinggalah pada hari peperiksaan UPSR, hari pertama dia datang meminta maaf kepada aku. Huluran tangan dia, aku sambut mesra dan aku bersyukur ada keinsafan di dalam diri dia akhirnya. Terima kasih Ya Allah.

![]() |
SALAM KEMAAFAN |
Saturday, 21 September 2013
Alam Persekolahan Baru
Assalamualaikum.....
Bismillahiramannirahim, syukur alhamdulillah kepada Allah s.w.t.Pagi ini terdetik di hati kecilku untuk mencoretkan perjalanan persekolahan baru di tempat yang baru saja kami tiba. Perasaan aku masih lagi bercampur kerana masih dalam proses penyesuaian diri dengan keadaan baru.
Jam dinding di ruang tamu menunjukkan pukul 5.30 pagi. Aku berada di ruang tamu setelah tersedar dari tidur, mata aku terus menerus melihat jam itu berjalan dan fikiran aku hanya memikirkan mengenai hari pertama aku untuk ke sekolah baru. Kemudian aku dikejutkan oleh satu suara yang datang dari arah belakang, "Awal bangun, pergi laa mandi," ujar mama sambil melangkah menuju ke arah bilik air.
Agak berdebar rasanya pagi itu, aku dan abang bersiap-siap untuk ke sekolah. Nampak bersemangat tapi di dalam hati "Ya Allah tenang la wahai hati." Sampai di sekolah abah menguruskan semua urusan dan kami dibawa ke kelas masing-masing.
![]() |
BANGUNAN SEKOLAH |
![]() | ||
SUASANA KELAS
|
Hidup Baru
"Bismillahirahmannirahim, segala puji bagi Allah. Pencipta langit, bumi, lautan dan daratan. Sungguh hidup ini tidak boleh diduga, semuanya di luar pemikiran dan kuasa kita. Semuanya takdir Allah dan kerana itu kita perlu percaya pada qada' dan qadar Allah."
Tiba-tiba aku terfikir akan sekolah baruku, adakah mereka akan berkawan denganku yang tidak seberapa. Adakah mereka akan berjalan denganku yang buruk. Ya Allah, sesungguhnya aku takut bila memikirkan semua ini. Aku harus kuat dan aku harus kuat dan kuat. Walau apa yang bakal terjadi itu semua hanya opera di pentas lakonan. Bodohnya aku memikirkan perkara-perkara negatif tanpa fikir akan perkara positif walau sebesar zarah.
"Eh, kat sini rupanya..." sahut mama. "Jom makan sama-sama, " tambah mama. Aku hanya mengikuti mama dari belakang untuk sarapan bersama yang lain.
Abah membuka bicara memecahkan suasana sepi di meja makan, "Ok ke tinggal sini?" tanya abah. "In shaa Allah, semuanya akan baik dan kami akan cuba sesuaikan diri dengan persekitaran sini," jawab abang ngah.
Selesai sarapan, kami mengemas rumah dan mula mengeluarkan barang-barang dari kotak. Kami cuba untuk menyiapkan segalanya secepat mungkin supaya selesa dan nyaman apabila berada di rumah.
![]() |
RUMAH KECIL KAMI |
Tuesday, 17 September 2013
Titik Kegelapan
" Kita pindah, muktamad," ujar abah dengan suara yang keras.
Anak-anak terdiam dan kaku untuk berbicara. Mama juga tidak boleh buat apa-apa, hanya mampu mengikut keputusan abah. Kami terpaksa menerima walau pun hati tidak pernah merelakannya. Perasaan pada masa itu kelam, terasa berat untuk memikulnya.
Salah faham yang menjauhkan silaturrahim keluarga. Mewujudkan jurang antara saudara, antara benci dan kasih sayang, antara ayah dan suami, antara keluarga dan anak-anak, semuanya menjadi titik terakhir perpisahan. Menjadi titik permulaan untuk mencari kembali keabadian cinta sebuah keluarga di tempat yang baru.
BELANTARA HITAM
" Mungkin perancangan Allah itu lebih baik,ada hikmah di sebalik apa yang berlaku."Selalu aku memberi gambaran positif terhadap apa yang berlaku untuk menguatkan hati dan perasaan.
Aku harus kuat, setiap hari itulah yang aku tanam di dalam hati untuk menempuh suasana baru, kawan-kawan baru, sekolah baru dan persekitaran baru.
Ku Ukir Rindu
Monday, 16 September 2013
Selumbar Hati
Riangnya si adik bermain bersama kakak dan abang-abang, seperti selalu bermain di halaman dengan saudara sebelah rumah. Alangkah seronoknya seorang kanak-kanak perempuan yang masih kecil, yang masih tidak mengenal kehidupan ini yang sebenar dapat bermain bersama dengan kawan-kawan dan keluarga.
Keriangan itu hanya seketika, minit tidak pernah menunggu kita walau sesaat. Semua kegembiraan itu dirampas oleh sebuah kemalangan yang tidak disangka.
Ya Allah sesungguhnya pada saat itu, hanya air mata mengiringi si kecil. Sedang si kecil seronok melihat telatah abangnya, kayu lama jatuh menimpa dirinya. Jeritan kesakitan kedengaran sampai ke telinga abah dan mama. Betapa paniknya mama pada masa itu, si kecil tidak berhenti menangis. Abang terdiam kaku di satu sudut meraih rasa bersalah terhadap si adik.
Masa sentiasa berjalan tanpa henti dan kita sebagai hambaNya tidak berhak untuk mengembalikan keadaan seperti biasa. Bukan kemahuan tetapi takdir yang telah Allah s.w.t. tetapkan. Redha dengan perancanganNya, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Alhamdulillah dan aku memanjatkan kesyukuran terhadapMu masih diberi peluang untuk terus bernafas di dunia sehingga hari ini kerana di luar sana masih ada yang lebih perit cubaan buat diri mereka berbanding aku yang diberi ujian sekecil ini.
Untuk abang, aku tak pernah menyimpan walau secalit dendam terhadapmu. Cukuplah dengan kasih sayang yang engkau curahkan selama ini, itu lebih berharga dari segalanya. Si kecil yang dulu akan sentiasa sayang abang, sampai sekarang sayang itu tak pernah berkurang malahan semakin bertambah.
Maaf, inginku simpan tetapi ia perlu diluahkan.

Sunday, 15 September 2013
Sinar Kasih
"Sejauh mana engkau percaya kepada Allah, Sejauh itulah Dia akan bersamamu.""Sejauh mana engkau lari daripadanya, Sejauh itulah dia tetap mengejarmu. Tali persaudaraan dalam keluarga tidak akan pernah putus walaupun engkau menidakkanya."
![]() |
KAU TERINDAH |
Abang suka bawa aku pergi petik buah, pergi naik rakit dan main sorok-sorok. Seronok sangat, semuanya indah. Setiap hari aku pasti tidak sabar untuk menunggu waktu petang, menunggu kepulangan kakak dan abang dari sekolah. Setiap petang kami bermain bersama dengan saudara sebelah rumah, kami akrab dan selalu bersama ke mana saja. Keakraban kami di zaman kecil kami bawa sehingga kami dewasa. Alhamdulillah ianya sesuatu yang manis untuk dikenang..
Secebis Rindu
![]() |
SI COMEL & SI DEBAK |
Aku ada Comel dan Debak. Ada beberapa ekor lagi sebenarnya tapi bagi orang sebab mama tak bagi pelihara banyak.
"Susah nak jaga nanti," kata mama.
"Ok aku ikut, janji masih ada kucing di rumah."
Serius comel sangat kucing ni, suka manja-manja dengan kita. Sampaikan nak tidur bawa kucing tidur sekali, lucunya ingat balik semua ni. Aku suka mandikan Comel dan Debak, nak kasi wangi la kononnya.
Kesian. Sejuk dimandikan, siap mandi Comel dengan Debak pergi berjemur supaya cepat kering.Suka tengok telatah mereka.
Tapi ada satu kali masa aku pergi sekolah, Comel buat hal kat rumah. Ada ke patut berak kat dapur. Apa lagi bising la mama. Dengan perasaan yang agak sakit hati dan penuh kemarahan, mama nak buang kucing-kucing kat rumah.
Ohh. Risau sangat, nasib baik mama tukar fikiran.
"Bagi peluang lagi sekali," kata mama. Alhamdulillah, betapa leganya pada saat itu.
"Haaa tu laa degil sangat, sapa suruh berak merata. Dah cakap berak kat luar rumah."
Lama laa juga jaga Comel dan Debak sampai la satu hari Comel kena curi, tak tahu laa sapa yang ambil. Sedih sangat masa tu, tapi masih ada Debak. Ok la sikit, boleh tahan lagi perasaan. Tak lama lepas tu, Debak kena langgar sebab pergi main kat jalan raya.
"Dah kata jangan main sana, bahaya."
Lepas semua tu, tepaksa pasrah. Kucing dah xder. ( = _ = )
Saturday, 14 September 2013
Lukisan Kasih
" Senyum dan ucapkan Alhamdulillah kerana Allah masih
mengizinkan kita bersama orang yang kita yang saya."
![]() |
KAU MAWARKU |
Dalam mimpi itu, aku melihat tubuh yang dikafankan. Aku melihat itu adalah cinta dan hati aku. Saat itu aku lemah, lemah melihat tubuh itu yang akan pergi meninggalkan aku yang masih kecil. Aku yang masih memerlukan pergantungan, didikan dan kasih sayang mereka.
Aku jatuh tanpa bicara, lesu di atas lantai, hanya air jernih menemani di saat itu. betapa aku lemah tanpa mereka.
Aku terjaga dari mimpi dan kedengaran suara mereka, aku masih dapat melihat wajah mereka. Alhamdulillah. "Dugaan apakah ini?"
Pagi itu aku terus tersenyum lega melihat mereka, air jernih tetap jatuh tanda kegembiraan di hati ini.
"Kau Mawarku."
Kaulah kasih, kaulah cinta, kaulah racun, kaulah penawar hidupku.
Kaulah kasih, kaulah cinta, kaulah racun, kaulah penawar hidupku.
Rezeki Itu
"Bismillahirahmannirahim, segala puji bagi Allah. Maha pencipta seluruh alam dan yang membuka pintu rezeki kepada hamba-hambanya. Assalamualaikum pembuka bicara."
Tangan tua yang bekerja, mencari rezeki untuk anak-anak. Peluh yang menitis bukti kesungguhan dan keikhlasanmu abah dan mama tercinta.
Menjadi jualan di bulan Ramadhan, digemari ramai dan sering mendapat tempahan.
"Alhamdulillah....rezeki anak-anak," kata abah.
Resepi kuih ini adalah hasil usaha mama sendiri.
Wah! aku bertambah kagum sebenarnya dengan mereka.
Terima kasih Ya Allah kerana anugerahkan dua permata berharga di dalam hidupku.
![]() |
KUIH AKOK |

Kenangan Semalam
"Bismillahirahmannirahim, segala puji bagi Allah. Assalamualaikum para sahabat semua."
Kedengaran burung-burung berkicauan pada petang itu.
Mataku terus melilau mencari bunyian yang agak bising. Deruan angin menyebabkan daun nyiur melambai-lambai riang. Langit biru yang cerah pada waktu petang menggamit suasana tenang.
"Ohh, alangkah tenangnya suasana ini. Padi yang masih kehijauan menunggu waktu menguning.
Permai dan indah keadaan itu.
Hatiku riang, aku berlari-lari di batas sawah bersama abang dan kakak.
Sesekali menjeling tengok kaki, takut-takut ada lintah yang mendarat. Walaupun takut tapi ia menyeronokkan.
Tinggal di kawasan sawah padi lebih seronok bila tiba musim menuai. Kami akan bermain di kawasan sawah, abang mencari ikan. Kekadang kami bermain rakit, rakit yang dibuat daripada batang pisang.
" Kenangan itu tidak pernah hilang." kekal dalam memori sehingga kini.
Terkesan di hati, menjadi memori terindah zaman kanak-kanak.
Kami suka bermain "tarik upih pinang" melewati batas-batas sawah.
Lagi seronok bila berada di belakang. ( > _ < )

Friday, 13 September 2013
Tak Seindah Pelangi
"Bismillahirahmannirahim, segala puji bagi Allah. Pencipta langit, bumi, lautan dan daratan. Sungguh hidup ini tidak boleh diduga, semuanya di luar pemikiran dan kuasa kita. Semuanya takdir Allah dan kerana itu kita perlu percaya pada qada' dan qadar Allah."
Petang itu warna-warna ceria membuatkan bibir terukir senyum, sangat manis.
Pelangi itu cantik, berwarna-warni.
"Alangkah indahnya hidup ini seindah pelangi di langit. Penuh ceria tanpa perlu melalui kancah hidup yang berliku dan bergelora."
"Alangkah indahnya hidup ini seindah pelangi di langit. Penuh ceria tanpa perlu melalui kancah hidup yang berliku dan bergelora."
Geloranya lebih kuat daripada ombak yang membelah laut saban hari.
Aku tersedar dari sebuah mimpi.
"Ya Allah benarkah perkara ini?
Jauhkanlah semua ini daripada hidupku.
Engkau selamatkanlah keluarga aku.
Sesungguhnya aku belum bersedia menghadapi sesuatu yang diluar kemampuanku.
Semoga aku tabah mengharungi dugaanMu."
Subscribe to:
Posts (Atom)