" Percikan Kehidupan "

" Percikan Kehidupan "

Wednesday, 25 December 2013

Kejamnya Aku !

Bismillahirahmanirrahim...
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Harap dikau lebih bahagia dengan kehidupan baru,
Walau bukan aku disisi,
Yakinlah Allah s.w.t sentiasa ada,
Tiada yang lebih baik dari perancanganNya.

Redhalah dengan keputusan ini,
Aku bukan yang teristimewa untukmu,
Pergilah,
Cari ketenangan yang kau perlukan.

Sepuluh jari memohon kemaafan,
Mungkin aku kejam terhadap dirimu,
Namun harus aku lakukan,
Takut aku semakin menyakiti dirimu.

Persefahaman yang aku inginkan,
Tidak dapat aku cari,
Aku harap kau mengerti,
Biarlah diri ini dikatakan KEJAM.

Perkenalan yang terbina,
Hanya mampu di sini saja,
Ini adalah suratan,
Jodoh kita di sini saja.

Terima kasih.


Saturday, 21 December 2013

Terbang ke Sarawak

Alhamdulillah setelah satahun jarak memisahkan kami. Akhirnya dapat juga berjumpa dengan keluarga Ayah Chik. Bila bapa saudara kerja jauh, ia menyukarkan kami untuk bersua dan berkumpul seperti biasa. Cuti sekolah pada kali ini, bapa saudara dan keluarga telah pulang ke kampung di rumah abah. Mereka tinggal selama tiga minggu. Kekangan masa yang dialami oleh aku, kakak dan ibu saudara di sini kami ganti dengan menuggu mereka di lapangan terbang untuk berjumpa walau masa yang kami ada hanya singkat.

IBU SAUDARA (TUDUNG BIRU)

MASA SUAP NASI KAT ANAK-ANAK KECIL

BERSAMA IBU SAUDARA
SEPUPU

Semoga semuanya selamat dan bertambah rezeki bapa saudara untuk anak-anak. Amin. Nanti untuk tahun akan datang boleh hantar anak-anak balik awal sikit.

Karnival Upin Ipin

Kelmarin, aku bersama keluarga telah menyinggah di Bukit Jalil membawa askar-askar kami ke Karnival Upin Ipin.

TAK CUKUP SEMUA KELUARGA

UPIN IPIN KAMI



Thursday, 19 December 2013

Majlis Penyampaian Hadiah Diskusi Novel SKMM2093 Sesi 2012/2013

Alhamdulillah....Alhamdulillah...Alhamdulillah yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t.

Bagi "Majlis Penyampaian Hadiah Diskusi Novel SKMM2093 Sesi
2012/2013" yang berlangsung hari ini, kumpulan kami mendapat tempat ketiga bagi kategori poster terbaik.

Saya juga bersyukur kerana diberikan tempat
dalam kategori esei terbaik walaupun tidak mendapat tempat pertama atau kedua mahupun ketiga. Alhamdulillah.


Wednesday, 18 December 2013

Jualan Gudang

Alhamdulillah...Allah Maha Besar Tuhan sekalian alam.

Sempat juga pergi ke Nilai untuk jualan gudang tahun ni.
Wah! Ramai sangat, berebut-rebut, masing-masing nak sesuatu yang murah dan masih elok.

Setiap tahun jualan gudang akan dibuat di sini. Dalam kesibukan kakak memilih dan membeli, anak saudara aku dah letih ke hulur ke hilir. Lantaran itu, aku letakkan dia atas kusyen dan bantal di tengah-tengah gudang tersebut.

Muka abang penat sangat, tapi masih nak main lari-lari dalam tu. Sekejap je duduk, lepas tu terus berlari-lari. Kita pula yang letih nak kejar dia dalam kesesakan orang ramai.

Terbang ke Kampung

Bismillahirahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Buat kali pertama pulang ke kampung dengan menaiki kapal terbang. Lebih mengujakan bila aku hanya pulang seorang diri sahaja.

Aku bertawakal kepada Allah s.w.t. semoga perjalanan pada hari itu selamat dan aku harus menyesuaikan diri dengan pengalaman pertama. 

Melihat awam yang putih, SubhanaAllah cantik sangat. Terasa dekat, seakan boleh menyentuhnya dengan jari. Itulah indahnya ciptaan Allah s.w.t.

Aku Ada Wali

''SYUMAILA, seorang anak gadis yang tidak berpacaran seperti generasi muda yang lain. Meskipun jauh beribu batu dari keluarga, Syumaila tetap ingat prioritinya. Ke medan ilmu di Bumi Korea Selatan untuk kenal Pencipta. Bukan leka bermaksiat atas nama 'cinta'.

Dia menunjukkan ketegasan diri apabila diuji cinta lelaki. Berurusan dalam batas keperluan sahaja. Tiada dating. Tiada khalwat berdua-duaan. Tiada keluar makan sekali. Tiada ungkapan cinta sayang.

Fitrahnya, dia juga mempunyai impian untuk berkahwin. Dia tidak memilih cara 'menghampiri jalan-jalan zina' sebelum menuju ke alam rumah tangga. Dia tidak mahu hatinya tercemar dengan leka dan murka Allah. Dia memilih strategi 3P. Pause! Prioriti! Pergi! Baginya inilah saat 'menahan', apabila berbuka penuh 'keterujaan'.

Akhirnya, dia menjadi isteri yang sangat memahami dan penyayang selepas nikah. Yang haram sekejap sahaja, yang halal lebih luas. Berkat memilih jalan yang terpelihara, rumah tangganya sangat bahagia meskipun ujian tidak surut datang menerpa.''




Satu lagi karya hebat dari pasangan suami isteri Ustazah Fatimah Syarha dan
 Dr.Farhan Hadi..
Drama yang disiarkan di TV Al-Hijrah yg melakukan penggambaran di Malaysia dan Korea


Monday, 16 December 2013

Badut Fakulti

SESI MENYIAPKAN TUGASAN
JAM 2.23 pagi, masih bertungkus-lumus menyiapkan kerja. Saya bangga ada kawan-kawan yang rajin macam ni. Semua comel-comel. Sama-sama menyiapkan tugasan bersama.

Sesi Fotografi Fakulti

Kami diberi peluang untuk menjadi model bagi fakulti kami. Sesi fotografi ini adalah untuk promosi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Serius terasa macam tumpuan pada hari tersebut.



Taman-taman Ilmu

Alhamdulillah.....Alhamdulillah...Alhamdulillah kerana diberikan ruang dan peluang untuk menimba santapan rohani. Syukur alhamdulillah kerana masih menjemput hambaMu ini ke taman ilmu yang penuh manfaat dan menjadi petunjuk untuk menuju ke jalan-Mu.




Kayuhan X-Treme Bersama Team Lakers


Masih segar dalam ingatan, kenangan bersama kawan-kawan sewaktu berbasikal di salah satu daerah Negeri Sembilan. Ini adalah kali pertama menyertai program berbasikal dengan kerjasama 'team lakers'. Pengalaman ini sangat bermakna, di mana perjalanan kami sangat mencabar. Berbasikal di jalan yang berliku, berbukit dan berbatu. Wah ! Sesuatu yang mengujakan.

'STRECHING'
PESERTA BERSEDIA DAN MENGAMBIL TEMPAT
PESERTA DILEPASKAN
PUNCAK BUKIT
SEMUA PESERTA
Semasa hari kejadian, saya terjatuh dari basikal sewaktu mengelak dari rakan saya yang hampir melanggar saya dari belakang. Degupan jantung pada saat itu tidak dapat digambarkan dengan kat-kata. Alhamdulillah, tiada apa-apa yang teruk berlaku. Pengalaman ini menjadi cebisan dalam ingatan ini. 



Thursday, 12 December 2013

Majlis Diskusi Novel

Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Hanya ungkapan untuk hari ini selepas selesainya majlis diskusi novel "Hikayat Akronisme" pada hari ini.


Kami sebagai pihak penganjur amat bersyukur kerana segalanya berjalan dengan lancar dan teratur.
Pada mulanya, saya agak bimbang akan perjalanan majlis kami pada hari ini, lebih-lebih lagi kami merupakan penganjur yang akhir. 

Saya amat gembira juga kerana poster untuk majlis ini adalah hasil kerja saya cuma saya sedikit terkilan kerana terdapat sedikit kecacatan. Ini adalah pengalaman buat kali kedua saya membuat poster. 

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang memberi tunjuk ajar dan semua ahli kumpulan saya yang sama-sama berusaha supaya majlis pada hari ini berjalan dengan lancar.

Dr. Kamariah Kamaludin

Alhamdulillah, hari ini sekali lagi saya diberi peluang untuk berjumpa dengan seorang penulis yang hebat dan sangat kreatif dalam bidang penulisannya. Sekali dakwat menitik, semuanya indah belaka.

JEMPUTAN KHAS UNTUK KELAS
PENULISAN KREATIF
 DR. KAMARIAH KAMARUDIN
Terima kasih kepada Dr. Mawar kerana menemukan kami dengan seorang lagi guru hebat dalam dunia penulisan. Beliau merupakan sahabat kepada pensyarah kami, Dr. Mawar. Beliau sangat "sporting" dan boleh memahami pelajar dan mesra walau pun ini adalah kali pertama perjumpaannya.

Perkongsian ilmu yang sangat berguna dan boleh dijadikan panduan dalam proses mencapai cita-cita sebagai seorang penulis yang berjaya.

Harap di lain waktu, kita akan bertemu lagi.

Ustaz Zahiruddin Zabidi

Alhamdulillah, berkesempatan berbual dan berkongsi sedikit ilmu dengan seorang yang tinggi ilmu agamanya bagi saya. Zahiruddin Zabidi atau nama penuhnya Ahmad Zahhiruddin Zabidi adalah seorang penulis di Malaysia.Beliau tidak hanya menumpukan pada satu genre dalam penulisan tetapi beliau menerbitkan pelbagai genre penulisan seperti novel, buku motivasi dan islamik.


Pada program " Jom Gegar Ilmu 2013" yang berlangsung pada isnin lepas iaitu 10 Disember 2013, kami telah berpeluang berjumpa dan beliau telah berkongsi ilmu dengan para pelajar di UKM terutamanya yang menyertai program ini. Alhamdulillah, satu perkongsian yang sangat baik dan boleh menjadi ikhtibar.


Wednesday, 11 December 2013

Permainan zaman kanak-kanak

Sudah 21 tahun meninggalkan zaman kanak-kanak, masa begitu pantas berjalan.

Seusai gotong royong, selepas makan tengah hari. Melihat Jongkang-jongkit yang kosong membawa diri ini cuba menoleh ke masa lalu.



Tuesday, 10 December 2013

Saat Dada Berombak

POSTER DISKUSI 
Alhamdulillah, saat itu tiba jua. Pada mulanya perasaan takut menguasai diri tapi pada hari kejadian semua perasaan lari dari naluri. Segalanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

Terima kasih kepada pihak penganjur, rakan-rakan dan juga pensyarah kami Encik Che Abdullah Bin Che Ya. Tak lupa juga kepada pengkritik tetap majlis diskusi novel, Dr. Zubir Idris.

p/s : poster cantik , terima kasih penganjur.

Wednesday, 4 December 2013

Rasa Cinta Buat Sahabat


Sedikit renungan yang diberikan oleh salah seorang pensyarah kursus. Besar maknanya.

Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan tetapi persahabatan tidak mungkin ada tanpa rasa hormat, ini adalah salah satu hal yang membuat persahabatan lebih daripada rasa cinta.
                                                                               (Mile De Scudery)


KAWAN-KAWAN TINGKATAN 6

Monday, 2 December 2013

USRAH 3.0


Assalamualaikum..untuk 'entry' kali ini saya ingin menyatakan objektif USRAH yang mungkin ramai dalam kalangan kita tidak mengetahuinya.


  • Melahirkan Mahasiswa yang beriman, bertaqwa, berjiwa murni berlandaskan panduan al-Quran dan as-Sunnah.
  • Mempertingkatkan bakat kepimpinan mahasiswa menerusi penglibatan mereka dalam organisasi dan pengurusan bagi melahirkan insan yang berjiwa kental dalam menempuhi cabaran hidup.
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga dan staf Unisel.
  • Memantapkan lagi sahsiah mahasiswa yang berteraskan ilmu bagi mempertingkatkan jati diri yang jitu dalam aspek kecemerlangan akademik dan sahsiah yang mulia.
  • Melahirkan insan yang bersepadu dari segi rohani dan jasmani untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
  • Sunday, 1 December 2013

    USRAH 2.0


    Pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.
     ‘Usrah’ bukan sahaja tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu, malahan ia merupakan tempat untuk sesama ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah dan bertolong-tolong  apabila ada ahli yang  ditimpa kesusahan. Usrah juga merupakan satu medium dakwah untuk berdialog mengenai Islam secara dinamik. Dengan ini ia dapat meningkatkan mutu ukhuwah atau persaudaraan antara pelajar, pensyarah, kakitangan akademik dan pentadbiran.

    http://www.youtube.com/watch?v=fQycgLkA1PI

    Apa Itu USRAH?

    Alhamdulillah...syukur sangat, USRAH tiba lagi. 
    Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, (الأسرة ) yang bermaksud keluarga. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili. Di dalam kamus al-Munjid Fi al- lughatu Wa al-A’lam adalah mufrad kepada (أسر ) iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.




    Manakala dari segi istilahnya pula, usrah  bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah di dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud “ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).

    http://www.youtube.com/watch?v=NISW7giNgbc

    Saturday, 30 November 2013

    Bubur Asyura


    KELANTAN PUNYA !
    Assalamualaikum...syukur alhamdulillah, beberapa hari yang lepas iaitu 28/12/2013 bersamaan hari khamis PERDANA UKM telah mengadakan majlis kacau bubur asyura secara beramai-ramai. Majlis ini bukan dikhususkan kepada mahasiswa Kelantan sahaja, malah mahasiswa mahasiswi lain turut dijemput untuk memeriahkan majlis.

    Walau jauh di perantauan, masih dapat merasai keenakan bubur asyura di tempat orang, jika di kampung rewang dengan penduduk kampung, jiran-jiran sangat meriah. Begitu juga di sini, mereka rewang bersama-sama bagi memeriahkan dan mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.

    Agak terkilan kerana tidak dapat bersama-sama merasai suasana persiapan dan kacau bubur asyura bersama keluarga PERDANA.
    Terima kasih, saya masih dapat makan bubur asyura ! :)

    Sebarkan Bahagia


    BIARLAH BAHAGIA ITU SEINDAH WARNAMU

    Bahagia itu bukan destinasi
    yang belum pasti
    bahagia ada setiap hari
    dinikmati oleh hati

    Bahagia anugerah Ilahi
    berhak dimiliki
    buat siapa yang mencari
    dengan petunjuk hakiki

    Bahagia perlu diciptakan 
    bukan sekadar diangankan
    dalam setiap keadaan
    dalam setiap kesempatan

    Usah terus sengsara
    bahagiamu di depan mata
    ciptakanlah bahagia
    dan sebarkan bahagia
                                      


     ~ USTAZAH FATIMAH SYARHA ~


    Saturday, 23 November 2013

    Dimensi Diri

    Bismillahirahmanirrahim...segala puji-pujian bagi Allah, Pemilik semesta Alam yang Maha Agung. Siapalah hamba yang hina dan dina ini untuk mempersoalkan perjalanan hidup hamba yang penuh dengan ujianMu. Sesungguhnya tidak akan akan perkataan 'kehidupan' jika tiada malap dan terangnya, jika tiada naik dan turunnya, jika tiada baik dan buruknya. Hamba bersyukur kepadaMu kerana masih memberi keindahan ini kepada hamba.

    Di kala Engkau berikan keperitan ini kepada aku, aku tahu Engkau ingin mengingatkan aku tentang kewujudanMu.
    Aku masih bertahan keranaMu Ya Allah.
    Aku masih kuat dengan adanya Engkau.
    Aku masih ada di bumi ini keranaMu.
    Aku masih boleh terukir senyum hanya keranaMu.

    Cukuplah untuk saat ini, apa yang Engkau berikan.
    Hamba takut, hamba tidak mampu menempuh dugaan yang akan Engkau berikan. Walhal hamba sedia maklum bahawa setiap manusia akan diuji, namun ketidakyakinan hamba membataskan kekuatan hamba untuk menempuhi ujianMu.


    Tapi hamba percaya dan yakin, segala perancanganMu adalah yang terbaik.
    Hamba hanya mampu berdoa dan berdoa. Hamba hanya seorang insan kecil yang sangat kerdil dan daif.


    Thursday, 21 November 2013

    Kincir Anginku


    Bismillahirahmanirrahim...
    Kali ini saya akan membawa anda kembali semula ke zaman kanak-kanak. Masih ingatkah akan kincir angin kecil ini?
    Saya masih ingat, saya pernah menangis untuk mendapatkan permainan ini di sebuah kedai. Ya, saya berjaya dengan hanya menangis dan merengek menginginkannya.

    Tapi hari ini, saya boleh menghasilkan kincir angin ini dengan sendiri. Ia sangat mudah dan tidak memakan kos yang banyak.
    Disukai oleh kanak-kanak malahan orang dewasa juga. Boleh dijadikan cenderamata atau 'prop' untuk bergambar dan juga parti-parti hari lahir. 

    Saturday, 16 November 2013

    Ikhlas dari Hati

    Bismillahiramanirrahim...
    Benarlah Yang Esa itu sebaik-baik tempat untuk hambanya mengadu. Hanya daripada-Mu aku menerima segala bentuk ujian dan juga segala bentuk rezeki.


    Terima kasih Ya Allah..Terima kasih kerana masih menyayangi hambamu yang kerdil lagi daif ini. Sungguh indah anugerah yang Engkau berikan. Aku amat bersyukur kepadaMu.



    Alhamdulillah, setiap apa yang kita lakukan, lakukanlah kerana Alalh. Bermula dengan hanya secebis ilmu di dada dan tekad yang kuat, in shaa Allah semuanya indah. Mulakan dengan bismillah dan lama-kelamaan apa yang kita inginkan akan dapat digenggam erat dalam kedua-dua tangan. Kamu akan tersenyum bangga dan bersyukur.

    Hanya masa yang menjadi jarak kepada kita untuk terus berpegang dengan yang lama atau berusaha untuk menjadi lebih baik di mata Allah s.w.t.

    Monday, 4 November 2013

    Bawa Aku ke JalanMu

    SEMOGA AKU TERGOLONG DALAM KALANGAN INI !
    Assalamualaikum...
    Ya Allah, Yang Maha Mengetahui segala yang baik untuk hamba-hambaNya. Pencipta seluruh alam semesta dan isinya, pencipta langit dan bumi ini. 


    Engkau bantulah hamba yang lemah ini menuju ke jalanMu Ya Allah. Sesungguhnya hamba masih jauh tergelincir dari jalanMu, masih merangkak untuk belajar ilmuMu, masih tercari-cari sinar cahaya yang betul bercahaya di mataMu. Aku masih belajar dan belajar, teguhkanlah hati ini untuk terus menuju ke arah jalan yang telah Engkau gariskan. 

    Sangat cantik melihat wanita bertudung labuh, alhamdulillah. Sering aku katakan pada diri aku, "bila mahu jadi seperti itu?". Aku ingin seperti itu tetapi aku masih belum bersedia untuk ke arah itu. Ya Allah, kuatkanlah hatiku, cekalkan semangat aku untuk berubah ke arah kebaikan seperti yang Engkau gariskan dalam al-Quran. Aku masih perlukan masa, aku masih dalam perjalanan untuk ke arah itu. Namun, aku bersyukur dan bersyukur kerana aku telah melakukan perubahan dalam diri ini walau ianya hanyalah perubahan yang kecil bagiku. Terima kasih Ya Allah. 

    Betullah hijrah itu sangat susah, seperti yang dikatakan oleh Encik Mohd Razali Bin Maarof dalam satu sesi kuliah dalam Konvensyen Belia Relawan HALUAN (KOBAR) 2013 yang lepas. Hijrah itu adalah bagaimana usaha kita untuk memperoleh keredhaan Allah s.w.t. di dalam segala aspek kehidupan kita. Ia merupakan semangat kita untuk menjadi lebih baik dan mampu memberi pengaruh kebaikan tersebut kepada orang-orang sekeliling. 

    "Kenalilah Tuhanmu, perbaikilah dirimu dan serulah orang lain. Tegakkan Islam dalam hatimu, nescaya Islam akan tertegak di atas muka bumi".

    Permata Hatiku

    Alhamdulillah...Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t. yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    Mengenang kembali saat bersama ibu memang indah. Terlalu banyak kenangan indah bersama ibu. Apabila tiba waktu melahirkan, dengan penuh jerit payah maka lahirlah kita ke dunia. Lahir sahaja kita ke dunia, ibulah yang paling bahagia menyambutnya.


    IBU KAU RATU HATIKU

     ibu..emak..ummi..mama..
    tidak kira apa jua nama..
    perananmu tetap sama..
    Dalam satu jasad selama 9 bulan..
    keluhanmu tidak pernah kedengaran..
    kau alunkan selawat untukku..
    kau dendangkan al-Quran untukku...
    agar aku bisa membanggakanmu...
    agar aku bisa membantumu..
    ketika aku lapar..kau suapkan..
    walaupun perutmu kekosongan...
    oh ibu...
    ketika aku terjatuh...kau bangunkan..
    ketika aku sakit...kau ubatkan...
    ketika aku menangis..kau kesatkan...
    ibu...kau sentiasa ada waktu aku perlukan..
    oh ibu....
    aku sayang dirimu...
    kerna kau..permata hatiku..

    Friday, 1 November 2013

    Coklat...Coklat...Coklat...

    Bismillahirahmanirrahim...
    Bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana masih diberikan peluang dan ruang untuk menikmati kehidupan di duniaNya. 

    Kali ini saya akan membawa para sahabat untuk berkongsi sedikit pengalaman saya yang berkesempatan melawat muzium coklat di Damansara, Shah Alam.

    Sewaktu saya melangkah masuk ke dalam bangunan yang begitu gah berdiri di tengah bandar itu, ada bau yang sangat memukau terus menusuk ke hidung saya. Ia membuatkan saya berasa teruja dan lapar pada pagi itu.



    COKLAT KONSEP RUMAH
     Pemprosesan coklat juga ada disini, berada dalam satu bangunan yang sama
    tetapi mempunyai dua bahagian iaitu muzium dan kilang. Di sini mereka memproses empat jenis produk iaitu Millon, Hersyey's, Fidani
     dan Danson. 

    Monday, 28 October 2013

    Cinta Ini


     Bismillahirahmanirrahim...

    Lantaran kehidupan ini yang masih panjang perjalanannya, setiap orang inginkan yang terbaik dalam hidupnya. Begitu juga diri ini yang kerdil disisiMu Ya Allah.

    Harapan dan harapan sentiasa ada, tapi aku takut untuk melangkah ke jalan yang berliku ini. Aku takut langkahku salah, mungkin akan mengaibkan. 

    Namun, benteng aku bina selama ini  jatuh dengan sendirinya tetapi teguh berdiri di dalam hati seorang insan yang bernama 'kematian'. Biarlah segalanya indah di dunia dan juga di akhirat kelak. Semoga mendapat redha Allah s.w.t.

    Sunday, 27 October 2013

    Pre-Konvo

    Assalamualaikum....
    Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, Tuhan semesta alam yang
    menciptakan langit dan bumi.

    Hari ini aku mendapat peluang untuk bergambar dengan jubah konvokesyen, sangat penat tapi seronok. Satu kenangan yang manis untuk diingati.


    Terima kasih yang tak terhingga kepada senior dan juga sahabat saya yang meluangkan masa bersama hari ini. 


    Cantik ! Saya sangat sukakanya. 




    Friday, 25 October 2013

    Sekeping Coklat Sebuah Ukhwah

    Bismillahiramanirrahim....
    Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t. untuk meneruskan perjalanan di duniaNya. 


    " Indahnya persahabatan itu, hanya dengan sekeping coklat sebuah ukhwah terjalin antara kami."

    Keakraban yang terjalin kekal sehingga ke hari ini. Mereka sentiasa bersatu dan bersepakat dalam membuat sesebuah keputusan. 


     Sekeping coklat bermulanya sebuah persahabatan di sebuah rumah anak yatim antara tiga orang kanak-kanak.
    " Nak coklat cadbury hazelnut!"
    Apa yang sering keluar dari mulut munggil seorang sahabat. Engkau yang terindah.

    Wira Kami

    AYUH KELATEKU
    Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan peluang ini sekali lagi kepada pasukan kita (TRW).

    Satu perlawanan yang cukup mendebarkan bagi penyokong TRW, pasukan kita yang ketinggalan di belakang ATM sehingga minit ke- 80 menimbulkan kegelisahan kepada para penyokong. Namun, jaringan Fakri pada minit ke-82 memberi harapan untuk menuju ke 'final'. Harapan ini dikemaskan lagi dengan jaringan cantik oleh kapten pasukan TRW sendiri iaitu Piya. 

    Harapan saya agar TRW mampu untuk menjulang Piala Malaysia. Semoga berjaya dan terus maju jaya pasukan kesayangan Kelantan. 



    Sahabat Tercinta


    Assalamualaikum ya akhi wa ukhti...

    Bismillahiramannirahim dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


    Sungguh aku sangat menginginkan kegembiraan ini berulang lagi. Wajah yang ceria dan riang ini telah menjadi sebahagian daripada kehidupan aku sejak bergelar mahasiswi UKM.

    Sahabat yang comel dan kacak kamu adalah antara anugerah yang Allah kurniakan kepada aku di dunia ini. Terima kasih atas perkenalan dan kesempatan ini Ya Allah. 

    Tuesday, 1 October 2013

    Perempuan Itu

    Perempuan... lirikan matanya ibarat sembilu menusuk di kalbu. Firasat senyumannya adalah kuntuman rindu. Dan sentuhan jari-jemarinya yang hangat bisa mendebarkan jiwa setiap insan. Itulah perempuan. 

    Perempuan itu, yang selalu mengikuti aku kemana saja aku pergi. Ya, aku telah sembunyi dari dia tetapi dia tetap mengikuti aku dari belakang.

    Mengapa? Tolonglah faham, aku tak mahu dia berada di sini tapi dia tetap setia berjalan dan mengekori aku perlahan-lahan.

    Dia yang selalu aku rindukan. Sebab itulah dia sentiasa dan sentiasa berada dekat di hati ini. Setiap kali aku cuba lelapkan mata, kenangan itu berlengar-lengar di kaca mataku.

    Perempuan itu, dia adalah nenek yang telah lama aku berjauhan. Bilakah masa itu akan tiba untuk kita bersua kembali? 

    Tuesday, 24 September 2013

    Aku Gadis Biasa

    Assalamualaikum ya akhi wa ukhti...
    Bismillahiramannirahim dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    Aku gadis biasa.
    Yang tidak punya apa-apa.
    Masih bertatih mencari redha,
    masih mentafsir erti bahagia.

    Aku gadis biasa.

    Tidak semesra yang lain dan
    kadangkala tidak peduli apa kata orang terhadapnya.

    Hidup bukan untuk membuat orang suka kerana redha Allah bukan kerana redhanya manusia.

    Jika aku leka, tegurlah.

    Jika aku lupa, ingatkanlah.

    Kerana aku hanyalah gadis biasa.

    Tidak mungkin sempurna ;)

    Sunday, 22 September 2013

    Kuntum Perdamaian

    Bismillahirahmannirahim....
    Assalamualaikum ya akhi wa ukhti, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana masih diberi peluang untuk beramal dengan membuat kebaikan dan menjaga setiap suruhan-Nya. Subhanallah, subhanallah, subhanallah. Aku percaya setiap yang Engkau tentukan adalah yang terbaik untuk hamba-Mu.

    Selepas abang tamat darjah 6, tinggal aku yang masih meneruskan pengajian sehingga tamat UPSR.
    Alhamdulillah, aku mendapat keputusan yang cemerlang yang boleh membanggakan abah dan mama. Betullah kata orang perasaan kita pada saat itu tidak boleh digambarkan secara zahir kerana ianya adalah perasaan dari dalam hati. Aku mendapat banyak penghargaan sepenjang belajar di sini  dan aku antara yang menjadi tumpuan para guru.

    Sepanjang aku di sini, ada manis dan ada pahitnya jua. Manusia, tidak pernah lari daripada perasaan hasrat dengki dan penuh dendam. Bagi aku itu semua adalah sesuatu yang sia-sia. Tapi ia adalah realiti yang berlaku, tanpa menguntum senyuman sekali pun, tanpa bertegur sapa, tanpa kenal antara satu sama lain mereka mula mendajalkan aku. Mereka cuba menjatuhkan aku, sehingga satu hari mereka mengejek abang aku. Ya Allah di saat itu, aku tidak nampak sesiapa, aku pantang jika keluarga aku yang lain dikaitkan sama. Jika benar ingin menaruh dendam sekali lepaskan pada aku, jangan libatkan yang lain. Belum sempat mereka habiskan kata-kata tersebut, tangan aku sampai ke pipi mereka. Ya, mereka terkejut dengan tindakanaku, tapi itulah aku.

    Keadaan ini terus menerus sehingga tahun seterusnya, salah seorang daripada mereka ada adik yang sebaya dengan aku. Adiknya turut berdendam dengan aku tanpa sebab yang muhasabah, aku hanya menunggu rentak yang dimainkan. Ya Allah hitamnya hati dia, sehingga markah peperiksaan pun menjadi taruhan dan dendam baginya. Aku sering mendahului dia, dan dia akan sakit hati  dan melepaskan kemarahan dengan pelbagai cara.

    Aku sering berpesan kepada dia agar hentikan sengketa ini, aku takut, aku tidak dapat mengawal diri apabila tiba satu masa. Dan apa yang takutkan berlaku jua, dia mencabar aku dan melanggar benteng kesabaran aku. Aku telah memukul dia, pukul tanpa henti. Ramai yang cakap, budak perempuan kalau bergaduh mesti tarik rambut. Salah, itu bukan aku. Menangis tak berlagu aku kerjakan, kawan-kawan dia yang lain semua terdiam dan tidak ada seorang pun yang datang menolong.

    Sejak peristiwa itu, aku ingat ianya akan berakhir tetapi sangkaan aku sama sekali meleset. Dia masih berdendam sehinggalah pada hari peperiksaan UPSR, hari pertama dia datang meminta maaf kepada aku. Huluran tangan dia, aku sambut mesra dan aku bersyukur ada keinsafan di dalam diri dia akhirnya. Terima kasih Ya Allah.

    SALAM KEMAAFAN

    Saturday, 21 September 2013

    Alam Persekolahan Baru

    Assalamualaikum.....
    Bismillahiramannirahim, syukur alhamdulillah kepada Allah s.w.t.
    Pagi ini terdetik di hati kecilku untuk mencoretkan perjalanan persekolahan baru di tempat yang baru saja kami tiba. Perasaan aku masih lagi bercampur kerana masih dalam proses penyesuaian diri dengan keadaan baru.

    Jam dinding di ruang tamu menunjukkan pukul 5.30 pagi. Aku berada di ruang tamu setelah tersedar dari tidur, mata aku terus menerus melihat jam itu berjalan dan fikiran aku hanya memikirkan mengenai hari pertama aku untuk ke sekolah baru. Kemudian aku dikejutkan oleh satu suara yang datang dari arah belakang, "Awal bangun, pergi laa mandi," ujar mama sambil melangkah menuju ke arah bilik air.


    Agak berdebar rasanya pagi itu, aku dan abang bersiap-siap untuk ke sekolah. Nampak bersemangat tapi di dalam hati "Ya Allah tenang la wahai hati." Sampai di sekolah abah menguruskan semua urusan dan kami dibawa ke kelas masing-masing.


    BANGUNAN SEKOLAH
    SUASANA KELAS

    GELAGAT KAWAN-KAWAN
    KAWAN-KAWAN

    Alhamdulillah, semua kawan-kawan baik. Mereka asyik bertanya kenapa pindah, kenapa pindah. Aku hanya membiarkan soalan itu tanpa memberi sebarang jawapan kepada mereka, aku hanya melemparkan senyuman kepada mereka. Aku lagi seronok bila dapat tahu ada seorang kawan sekelas dekat dengan rumah, maknanya aku ada kawan yang berjiran. Boleh la kami main bersama nanti. 

    Aku pulang dengan rasa senang hati, untuk hari-hari yang seterusnya membuatkan aku tidak sabar untuk ke sekolah berjumpa kawan-kawan.Terima kasih Ya Allah kerana melancarkan perjalanan aku sepanjang aku di sini. 

                         

    Hidup Baru


    "Bismillahirahmannirahim, segala puji bagi Allah. Pencipta langit, bumi, lautan dan daratan. Sungguh hidup ini tidak boleh diduga, semuanya di luar pemikiran dan kuasa kita. Semuanya takdir Allah dan kerana itu kita perlu percaya pada qada' dan qadar Allah."


    Cahaya mentari yang menerobos masuk melalui celahan atap itu tepat menyimbah ke wajah aku. Ianya bagaikan disinari lampu sorot yang terang-benderang. Nafasku dilepaskan perlahan-lahan dan aku cuba menikmati suasana baru pada pagi itu. Di sebalik langsir itu, aku melihat jalan raya yang agak sesak dengan para ayah dan ibu yang keluar bekerja.

    Tiba-tiba aku terfikir akan sekolah baruku, adakah mereka akan berkawan denganku yang tidak seberapa. Adakah mereka akan berjalan denganku yang buruk. Ya Allah, sesungguhnya aku takut bila memikirkan semua ini. Aku harus kuat dan aku harus kuat dan kuat. Walau apa yang bakal terjadi itu semua hanya opera di pentas lakonan. Bodohnya aku memikirkan perkara-perkara negatif tanpa fikir akan perkara positif walau sebesar zarah.

    "Eh, kat sini rupanya..." sahut mama. "Jom makan sama-sama, " tambah mama. Aku hanya mengikuti mama dari belakang untuk sarapan bersama yang lain.

    Abah membuka bicara memecahkan suasana sepi di meja makan, "Ok ke tinggal sini?" tanya abah. "In shaa Allah, semuanya akan baik dan kami akan cuba sesuaikan diri dengan persekitaran sini," jawab abang ngah.

    Selesai sarapan, kami mengemas rumah dan mula mengeluarkan barang-barang dari kotak. Kami cuba untuk menyiapkan segalanya secepat mungkin supaya selesa dan nyaman apabila berada di rumah.

    RUMAH KECIL KAMI