USRAH 3.0
Assalamualaikum..untuk 'entry' kali ini saya ingin menyatakan objektif USRAH yang mungkin ramai dalam kalangan kita tidak mengetahuinya.
Melahirkan Mahasiswa yang beriman, bertaqwa, berjiwa murni berlandaskan panduan al-Quran dan as-Sunnah.
Mempertingkatkan bakat kepimpinan mahasiswa menerusi penglibatan mereka dalam organisasi dan pengurusan bagi melahirkan insan yang berjiwa kental dalam menempuhi cabaran hidup.
Mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga dan staf Unisel.
Memantapkan lagi sahsiah mahasiswa yang berteraskan ilmu bagi mempertingkatkan jati diri yang jitu dalam aspek kecemerlangan akademik dan sahsiah yang mulia.
Melahirkan insan yang bersepadu dari segi rohani dan jasmani untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment