Bismillahirahmanirrahim...segala puji-pujian bagi Allah, Pemilik semesta Alam yang Maha Agung. Siapalah hamba yang hina dan dina ini untuk mempersoalkan perjalanan hidup hamba yang penuh dengan ujianMu. Sesungguhnya tidak akan akan perkataan 'kehidupan' jika tiada malap dan terangnya, jika tiada naik dan turunnya, jika tiada baik dan buruknya. Hamba bersyukur kepadaMu kerana masih memberi keindahan ini kepada hamba.
Di kala Engkau berikan keperitan ini kepada aku, aku tahu Engkau ingin mengingatkan aku tentang kewujudanMu.
Aku masih bertahan keranaMu Ya Allah.
Aku masih kuat dengan adanya Engkau.
Aku masih ada di bumi ini keranaMu.
Aku masih boleh terukir senyum hanya keranaMu.
Cukuplah untuk saat ini, apa yang Engkau berikan.
Hamba takut, hamba tidak mampu menempuh dugaan yang akan Engkau berikan. Walhal hamba sedia maklum bahawa setiap manusia akan diuji, namun ketidakyakinan hamba membataskan kekuatan hamba untuk menempuhi ujianMu.
Tapi hamba percaya dan yakin, segala perancanganMu adalah yang terbaik.
Hamba hanya mampu berdoa dan berdoa. Hamba hanya seorang insan kecil yang sangat kerdil dan daif.
No comments:
Post a Comment