" Percikan Kehidupan "

" Percikan Kehidupan "

Monday, 4 November 2013

Bawa Aku ke JalanMu

SEMOGA AKU TERGOLONG DALAM KALANGAN INI !
Assalamualaikum...
Ya Allah, Yang Maha Mengetahui segala yang baik untuk hamba-hambaNya. Pencipta seluruh alam semesta dan isinya, pencipta langit dan bumi ini. 


Engkau bantulah hamba yang lemah ini menuju ke jalanMu Ya Allah. Sesungguhnya hamba masih jauh tergelincir dari jalanMu, masih merangkak untuk belajar ilmuMu, masih tercari-cari sinar cahaya yang betul bercahaya di mataMu. Aku masih belajar dan belajar, teguhkanlah hati ini untuk terus menuju ke arah jalan yang telah Engkau gariskan. 

Sangat cantik melihat wanita bertudung labuh, alhamdulillah. Sering aku katakan pada diri aku, "bila mahu jadi seperti itu?". Aku ingin seperti itu tetapi aku masih belum bersedia untuk ke arah itu. Ya Allah, kuatkanlah hatiku, cekalkan semangat aku untuk berubah ke arah kebaikan seperti yang Engkau gariskan dalam al-Quran. Aku masih perlukan masa, aku masih dalam perjalanan untuk ke arah itu. Namun, aku bersyukur dan bersyukur kerana aku telah melakukan perubahan dalam diri ini walau ianya hanyalah perubahan yang kecil bagiku. Terima kasih Ya Allah. 

Betullah hijrah itu sangat susah, seperti yang dikatakan oleh Encik Mohd Razali Bin Maarof dalam satu sesi kuliah dalam Konvensyen Belia Relawan HALUAN (KOBAR) 2013 yang lepas. Hijrah itu adalah bagaimana usaha kita untuk memperoleh keredhaan Allah s.w.t. di dalam segala aspek kehidupan kita. Ia merupakan semangat kita untuk menjadi lebih baik dan mampu memberi pengaruh kebaikan tersebut kepada orang-orang sekeliling. 

"Kenalilah Tuhanmu, perbaikilah dirimu dan serulah orang lain. Tegakkan Islam dalam hatimu, nescaya Islam akan tertegak di atas muka bumi".

No comments:

Post a Comment