" Percikan Kehidupan "

" Percikan Kehidupan "

Tuesday, 17 September 2013

Titik Kegelapan

" Kita pindah, muktamad," ujar abah dengan suara yang keras. 
Anak-anak terdiam dan kaku untuk berbicara. Mama juga tidak boleh buat apa-apa, hanya mampu mengikut keputusan abah. Kami terpaksa menerima walau pun hati tidak pernah merelakannya. Perasaan pada masa itu kelam, terasa berat untuk memikulnya.
BELANTARA HITAM
Salah faham yang menjauhkan silaturrahim keluarga. Mewujudkan jurang antara saudara, antara benci dan kasih sayang, antara ayah dan suami, antara keluarga dan anak-anak, semuanya menjadi titik terakhir perpisahan. Menjadi titik permulaan untuk mencari kembali keabadian cinta sebuah keluarga di tempat yang baru.
" Mungkin perancangan Allah itu lebih baik,ada hikmah di sebalik apa yang berlaku."
Selalu aku memberi gambaran positif terhadap apa yang berlaku untuk menguatkan hati dan perasaan.
Aku harus kuat, setiap hari itulah yang aku tanam di dalam hati untuk menempuh suasana baru, kawan-kawan baru, sekolah baru dan persekitaran baru.

Ku Ukir Rindu

 "Titisan hujan membasahi pipi. Air matamu turut menemani.
Berderai jatuh ke bumi. Untuk terbang dengan kau di sisi."
BAIT-BAIT RINDU


"Hidup ini adalah pilihan.
Kenangan yang membuat kita sedih.
Tinggalkan.
Dan kenangan yang membuat kita tersenyum.
Jangan tinggalkan."



Monday, 16 September 2013

Selumbar Hati

Riangnya si adik bermain bersama kakak dan abang-abang, seperti selalu bermain di halaman dengan saudara sebelah rumah. Alangkah seronoknya seorang kanak-kanak perempuan yang masih kecil, yang masih tidak mengenal kehidupan ini yang sebenar dapat bermain bersama dengan kawan-kawan dan keluarga. 
Keriangan itu hanya seketika, minit tidak pernah menunggu kita walau sesaat. Semua kegembiraan itu dirampas oleh sebuah kemalangan yang tidak disangka.

Ya Allah sesungguhnya pada saat itu, hanya air mata mengiringi si kecil. Sedang si kecil seronok melihat telatah abangnya, kayu lama jatuh menimpa dirinya. Jeritan kesakitan kedengaran sampai ke telinga abah dan mama. Betapa paniknya mama pada masa itu, si kecil tidak berhenti menangis. Abang terdiam kaku di satu sudut meraih rasa bersalah terhadap si adik.

Masa sentiasa berjalan tanpa henti dan kita sebagai hambaNya tidak berhak untuk mengembalikan keadaan seperti biasa. Bukan kemahuan tetapi takdir yang telah Allah s.w.t. tetapkan. Redha dengan perancanganNya, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Alhamdulillah dan aku memanjatkan kesyukuran terhadapMu masih diberi peluang untuk terus bernafas di dunia sehingga hari ini kerana di luar sana masih ada yang lebih perit cubaan buat diri mereka berbanding aku yang diberi ujian sekecil ini. 

Untuk abang, aku tak pernah menyimpan walau secalit dendam terhadapmu. Cukuplah dengan kasih sayang yang engkau curahkan selama ini, itu lebih berharga dari segalanya. Si kecil yang dulu akan sentiasa sayang abang, sampai sekarang sayang itu tak pernah berkurang malahan semakin bertambah.
Maaf, inginku simpan tetapi ia perlu diluahkan.

Sunday, 15 September 2013

Sinar Kasih

"Sejauh mana engkau percaya kepada Allah, Sejauh itulah Dia akan bersamamu." 
"Sejauh mana engkau lari daripadanya, Sejauh itulah dia tetap mengejarmu. Tali persaudaraan dalam keluarga tidak akan pernah putus walaupun engkau menidakkanya."

KAU TERINDAH
Tersenyum sendiri kala mengingati zaman kanak-kanak, sangat seronok bermain bersama abang dan kakak. Aku adalah adik bongsu perempuan,Madikku baru berumur dua tahun pada waktu itu. Ya, aku sangat manja tapi agak garang. Selalu apa yang aku inginkan pasti dapat, kakak dan abang pasti berusaha untuk memenuhi kehendak aku.

Abang suka bawa aku pergi petik buah, pergi naik rakit dan main sorok-sorok. Seronok sangat, semuanya indah. Setiap hari aku pasti tidak sabar untuk menunggu waktu petang, menunggu kepulangan kakak dan abang dari sekolah. Setiap petang kami bermain bersama dengan saudara sebelah rumah, kami akrab dan selalu bersama ke mana saja. Keakraban kami di zaman kecil kami bawa sehingga kami dewasa. Alhamdulillah ianya sesuatu yang manis untuk dikenang..

Secebis Rindu

SI COMEL & SI DEBAK
Bismillahirahmannirahim, segala puji bagi Allah Maha Mengetahui, pencipta seluruh alam semesta. KepadaMu aku bersujud memohon keampunan. Ingin aku berkongsi cerita mengenai binatang peliharaan aku.Mesti saudara semua ada binatang kesayangan masing-masing, sama juga dengan aku.

Aku ada Comel dan Debak. Ada beberapa ekor lagi sebenarnya tapi bagi orang sebab mama tak bagi pelihara banyak.
"Susah nak jaga nanti," kata mama.
"Ok aku ikut, janji masih ada kucing di rumah."
Serius comel sangat kucing ni, suka manja-manja dengan kita. Sampaikan nak tidur bawa kucing tidur sekali, lucunya ingat balik semua ni. Aku suka mandikan Comel dan Debak, nak kasi wangi la kononnya.

Kesian. Sejuk dimandikan, siap mandi Comel dengan Debak pergi berjemur supaya cepat kering.Suka tengok telatah mereka.
Tapi ada satu kali masa aku pergi sekolah, Comel buat hal kat rumah. Ada ke patut berak kat dapur. Apa lagi bising la mama. Dengan perasaan yang agak sakit hati dan penuh kemarahan, mama nak buang kucing-kucing kat rumah.
Ohh. Risau sangat, nasib baik mama tukar fikiran.

"Bagi peluang lagi sekali," kata mama. Alhamdulillah, betapa leganya pada saat itu.
"Haaa tu laa degil sangat, sapa suruh berak merata. Dah cakap berak kat luar rumah."

Lama laa juga jaga Comel dan Debak sampai la satu hari Comel kena curi, tak tahu laa sapa yang ambil. Sedih sangat masa tu, tapi masih ada Debak. Ok la sikit, boleh tahan lagi perasaan. Tak lama lepas tu, Debak kena langgar sebab pergi main kat jalan raya.
"Dah kata jangan main sana, bahaya."
Lepas semua tu, tepaksa pasrah. Kucing dah xder. ( = _ = )

Saturday, 14 September 2013

Lukisan Kasih

" Senyum dan ucapkan Alhamdulillah kerana Allah masih 
mengizinkan kita bersama orang yang kita yang saya."
KAU MAWARKU
Pernah aku tersedar dari mimpi yang tidak akan aku minta diulang lagi. Ya Allah betapa tidak dapat aku duga jika ianya adalah sebuah kenyataan.

Dalam mimpi itu, aku melihat tubuh yang dikafankan. Aku melihat itu adalah cinta dan hati aku. Saat itu aku lemah, lemah melihat tubuh itu yang akan pergi meninggalkan aku yang masih kecil. Aku yang masih memerlukan pergantungan, didikan dan kasih sayang mereka.

Aku jatuh tanpa bicara, lesu di atas lantai, hanya air jernih menemani di saat itu. betapa aku lemah tanpa mereka.
Aku terjaga dari mimpi dan kedengaran suara mereka, aku masih dapat melihat wajah mereka. Alhamdulillah. "Dugaan apakah ini?"
Pagi itu aku terus tersenyum lega melihat mereka, air jernih tetap jatuh tanda kegembiraan di hati ini.

"Kau Mawarku."
Kaulah kasih, kaulah cinta, kaulah racun, kaulah penawar hidupku.

Rezeki Itu

"Bismillahirahmannirahim, segala puji bagi Allah. Maha pencipta seluruh alam dan yang membuka pintu rezeki kepada hamba-hambanya. Assalamualaikum pembuka bicara."
KUIH AKOK
Tangan tua yang bekerja, mencari rezeki untuk anak-anak. Peluh yang menitis bukti kesungguhan dan keikhlasanmu abah dan mama tercinta.
Menjadi jualan di bulan Ramadhan, digemari ramai dan sering mendapat tempahan.

"Alhamdulillah....rezeki anak-anak," kata abah.
Resepi kuih ini adalah hasil usaha mama sendiri.
Wah! aku bertambah kagum sebenarnya dengan mereka.
Terima kasih Ya Allah kerana anugerahkan dua permata berharga di dalam hidupku.