" Percikan Kehidupan "

" Percikan Kehidupan "

Wednesday, 11 December 2013

Permainan zaman kanak-kanak

Sudah 21 tahun meninggalkan zaman kanak-kanak, masa begitu pantas berjalan.

Seusai gotong royong, selepas makan tengah hari. Melihat Jongkang-jongkit yang kosong membawa diri ini cuba menoleh ke masa lalu.



Tuesday, 10 December 2013

Saat Dada Berombak

POSTER DISKUSI 
Alhamdulillah, saat itu tiba jua. Pada mulanya perasaan takut menguasai diri tapi pada hari kejadian semua perasaan lari dari naluri. Segalanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

Terima kasih kepada pihak penganjur, rakan-rakan dan juga pensyarah kami Encik Che Abdullah Bin Che Ya. Tak lupa juga kepada pengkritik tetap majlis diskusi novel, Dr. Zubir Idris.

p/s : poster cantik , terima kasih penganjur.

Wednesday, 4 December 2013

Rasa Cinta Buat Sahabat


Sedikit renungan yang diberikan oleh salah seorang pensyarah kursus. Besar maknanya.

Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan tetapi persahabatan tidak mungkin ada tanpa rasa hormat, ini adalah salah satu hal yang membuat persahabatan lebih daripada rasa cinta.
                                                                               (Mile De Scudery)


KAWAN-KAWAN TINGKATAN 6

Monday, 2 December 2013

USRAH 3.0


Assalamualaikum..untuk 'entry' kali ini saya ingin menyatakan objektif USRAH yang mungkin ramai dalam kalangan kita tidak mengetahuinya.


  • Melahirkan Mahasiswa yang beriman, bertaqwa, berjiwa murni berlandaskan panduan al-Quran dan as-Sunnah.
  • Mempertingkatkan bakat kepimpinan mahasiswa menerusi penglibatan mereka dalam organisasi dan pengurusan bagi melahirkan insan yang berjiwa kental dalam menempuhi cabaran hidup.
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga dan staf Unisel.
  • Memantapkan lagi sahsiah mahasiswa yang berteraskan ilmu bagi mempertingkatkan jati diri yang jitu dalam aspek kecemerlangan akademik dan sahsiah yang mulia.
  • Melahirkan insan yang bersepadu dari segi rohani dan jasmani untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
  • Sunday, 1 December 2013

    USRAH 2.0


    Pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.
     ‘Usrah’ bukan sahaja tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu, malahan ia merupakan tempat untuk sesama ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah dan bertolong-tolong  apabila ada ahli yang  ditimpa kesusahan. Usrah juga merupakan satu medium dakwah untuk berdialog mengenai Islam secara dinamik. Dengan ini ia dapat meningkatkan mutu ukhuwah atau persaudaraan antara pelajar, pensyarah, kakitangan akademik dan pentadbiran.

    http://www.youtube.com/watch?v=fQycgLkA1PI

    Apa Itu USRAH?

    Alhamdulillah...syukur sangat, USRAH tiba lagi. 
    Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, (الأسرة ) yang bermaksud keluarga. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili. Di dalam kamus al-Munjid Fi al- lughatu Wa al-A’lam adalah mufrad kepada (أسر ) iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.




    Manakala dari segi istilahnya pula, usrah  bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah di dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud “ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).

    http://www.youtube.com/watch?v=NISW7giNgbc