" Percikan Kehidupan "

" Percikan Kehidupan "

Friday, 28 March 2014

Jalan Allah


Subhanallah ... Semoga saya akan tergolong dalam kalangan wanita yang bertuah ! 



Jika wanita cantik yang dicari,
Dia bukan saya ...
Jika wanita solehah yang dicari,
Dia bukan saya ...
Jika wanita ayu yang dicari,
Dia bukan saya ...
Jika wanita yang berpurdah yang dicari,
Dia juga bukan saya ...

tapi ...


Jika wanita yang ingin dibimbing,
ya ! Dia adalah saya ...
Kerana saya tidak sempurna,
Saya masih dalam proses pembelajaran
 .


Ya Allah , kuatkanlah aku untuk mengharungi ujianMu ...

Bantu aku untuk terus mencintaiMu ....
Pimpinlah aku untuk menagih kasihMu ... 

Hati Ini

Kenapa ? Kenapa aku ? Aku tidak sekuat Siti Hajar ...
Bersama kegembiraan pasti ada kesedihan ... Bersama air mata pasti ada senyuman ... Bersama dugaan pasti ada anugerah ... Bersama musibah pasti ada hikmah ...

Allah ! :'(
Maaf diri ini lalai , hati ini perlahan mengkhianati ikrar diri ...
Sudah diriku berusaha untuk jauh dari soal ini ...
Tapi ia datang ...
Dtang mengetuk pintu hatiku ...
Subhanallah ...
Adakah aku bersalah kepadaMu ?

Hijrah ini

Assalamualaikum sahabat .... terlalu lama rasanya Rose menyepi ..
hari nei Rose ingin berkongsi sedikit sahaja ..


Aku bukan jahil agama. Aku sedar apa yang aku buat ni salah. Tapi aku tak ada kekuatan untuk itu.

Lalu, aku cuba bangun sendiri. Aku teroka dunia Islam yang sebenar dan aku temui kemanisan berhijrah serta keutuhan ukhwah.

Terima kasih diri kerana dikau berani berhijrah.
Terima kasih Allah kerana dikau sentiasa menunggu taubatku.





Monday, 17 February 2014

Jom Kembali Belajar


Alhamdulillah ... sudah masuk semester 4, beberapa langkah lagi untuk masuk ke tahun 3.
Masya'Allah berdebar dan risau memikirkan banyak perkara yang bakal ditempuhi. Semoga dipermudahkan oleh-Nya.

Tuesday, 14 January 2014

Salam Maulidur Rasul


Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul awal 1435 H l 14 Januari 2014


Assalamualaikum WRH WBT.

"Rasulullah.. dalam sirah mu, 
ku temu tulusnya cinta,
demi umat mu berkorban jiwa sehingga hujung nyawa"
"Rasulullah... dengan hikmah mu
terpancar syiar agama 
mengubah gelap menjadi terang menghapus jahiliyah"

لَقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِىۡ رَسُوۡلِ اللّٰهِ اُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَنۡ كَانَ يَرۡجُوا اللّٰهَ وَالۡيَوۡمَ الۡاٰخِرَ وَذَكَرَ اللّٰهَ كَثِيۡرً
Sungguh telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi mu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah (Al-Ahzab : 21)

Tanggal 12 Rabiul awal Tahun Gajah, lahir seorang bayi yang bernama Muhammad Bin Abdullah, lahirnya membawa rahmat ke seluruh alam, seluruh alam merasainya.
Di utuskan kerasulan pada umur 40 tahun di kala umur mudanya, Rasulullah SAW ditaklifkan untuk menyampaikan risalah kepada seluruh umat supaya beriman kepada Allah dan Rasulullah SAW serta berpandukan kepada kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada baginda iaitu al-Quranulkarim. Nabi Muhammad SAW berijtihad dan berjihad menyebarkan risalah tersebut dan disambung oleh para sahabat, tabi' tabiin, seterusnya para ulama warosatul anbiya'.

Sedarilah wahai umat Muhammad SAW, tanpa perjuangan Nabi dan para sahabat baginda yang dirahmati Allah dengan kuasa Allah, Islam tidak akan tersebar, kita tidak mungkin dapat merasai nikmat iman dan Islam. 

Sabda Rasulullah SAW, Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-sama ku di dalam syurga. (Riwayat al-Sajary drpd Anas)

Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, amalkan sunnah Nabi dalam kehidupan seharian kita dan menyambung perjuangan baginda SAW.
Kalau bukan kita, siapa lagi ? Kalau bukan sekarang bila lagi?
JOM hidupkan sunnah baginda yang kita cintai dan rindui.

Perbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW sebagai tanda kasih kepada baginda.

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (33:56)

Dari Abu Hurairahzbahwa Rasul Allah Subhannahu wa Ta’ala bersabda ;
“Barang siapa berselawat terhadapku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.” (HR. Muslim)



Monday, 13 January 2014

Huru-hara Kami

Alhamdulillah ... Alhamdulillah ... Alhamdulillah ...
Berjaya juga BBQ akhir untuk sem 3. Sepanjang pembelajaran di sini, setiap masa perkara ini diusulkan dan dirancang tetapi ada saja halangan yang menyebabkan ia ditunda dan ditunda.

BIRTHDAY ALL IN ONE ! 
Tapi sayang tak semua dapat datang, sedikit hampa pada diri ini. Ok, kita ada tiga sem lagi. 
Nanti kita buat lagi dan pastikan semua dapat datang ! :) 

ZORRO BUDDIES

Satu malam yang indah buat semua. Manis sayang manis. 



Anak Kembar

Bismillahirahmanirrahim...Mungkin boleh diamalkan kepada sesiapa yang menginginkan anak kembar.

Saya selalu berhalusinasi saya ada anak kembar, wah ! syok sangat.