" Percikan Kehidupan "

" Percikan Kehidupan "

Wednesday, 25 December 2013

Kejamnya Aku !

Bismillahirahmanirrahim...
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Harap dikau lebih bahagia dengan kehidupan baru,
Walau bukan aku disisi,
Yakinlah Allah s.w.t sentiasa ada,
Tiada yang lebih baik dari perancanganNya.

Redhalah dengan keputusan ini,
Aku bukan yang teristimewa untukmu,
Pergilah,
Cari ketenangan yang kau perlukan.

Sepuluh jari memohon kemaafan,
Mungkin aku kejam terhadap dirimu,
Namun harus aku lakukan,
Takut aku semakin menyakiti dirimu.

Persefahaman yang aku inginkan,
Tidak dapat aku cari,
Aku harap kau mengerti,
Biarlah diri ini dikatakan KEJAM.

Perkenalan yang terbina,
Hanya mampu di sini saja,
Ini adalah suratan,
Jodoh kita di sini saja.

Terima kasih.


Saturday, 21 December 2013

Terbang ke Sarawak

Alhamdulillah setelah satahun jarak memisahkan kami. Akhirnya dapat juga berjumpa dengan keluarga Ayah Chik. Bila bapa saudara kerja jauh, ia menyukarkan kami untuk bersua dan berkumpul seperti biasa. Cuti sekolah pada kali ini, bapa saudara dan keluarga telah pulang ke kampung di rumah abah. Mereka tinggal selama tiga minggu. Kekangan masa yang dialami oleh aku, kakak dan ibu saudara di sini kami ganti dengan menuggu mereka di lapangan terbang untuk berjumpa walau masa yang kami ada hanya singkat.

IBU SAUDARA (TUDUNG BIRU)

MASA SUAP NASI KAT ANAK-ANAK KECIL

BERSAMA IBU SAUDARA
SEPUPU

Semoga semuanya selamat dan bertambah rezeki bapa saudara untuk anak-anak. Amin. Nanti untuk tahun akan datang boleh hantar anak-anak balik awal sikit.

Karnival Upin Ipin

Kelmarin, aku bersama keluarga telah menyinggah di Bukit Jalil membawa askar-askar kami ke Karnival Upin Ipin.

TAK CUKUP SEMUA KELUARGA

UPIN IPIN KAMI



Thursday, 19 December 2013

Majlis Penyampaian Hadiah Diskusi Novel SKMM2093 Sesi 2012/2013

Alhamdulillah....Alhamdulillah...Alhamdulillah yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t.

Bagi "Majlis Penyampaian Hadiah Diskusi Novel SKMM2093 Sesi
2012/2013" yang berlangsung hari ini, kumpulan kami mendapat tempat ketiga bagi kategori poster terbaik.

Saya juga bersyukur kerana diberikan tempat
dalam kategori esei terbaik walaupun tidak mendapat tempat pertama atau kedua mahupun ketiga. Alhamdulillah.


Wednesday, 18 December 2013

Jualan Gudang

Alhamdulillah...Allah Maha Besar Tuhan sekalian alam.

Sempat juga pergi ke Nilai untuk jualan gudang tahun ni.
Wah! Ramai sangat, berebut-rebut, masing-masing nak sesuatu yang murah dan masih elok.

Setiap tahun jualan gudang akan dibuat di sini. Dalam kesibukan kakak memilih dan membeli, anak saudara aku dah letih ke hulur ke hilir. Lantaran itu, aku letakkan dia atas kusyen dan bantal di tengah-tengah gudang tersebut.

Muka abang penat sangat, tapi masih nak main lari-lari dalam tu. Sekejap je duduk, lepas tu terus berlari-lari. Kita pula yang letih nak kejar dia dalam kesesakan orang ramai.

Terbang ke Kampung

Bismillahirahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Buat kali pertama pulang ke kampung dengan menaiki kapal terbang. Lebih mengujakan bila aku hanya pulang seorang diri sahaja.

Aku bertawakal kepada Allah s.w.t. semoga perjalanan pada hari itu selamat dan aku harus menyesuaikan diri dengan pengalaman pertama. 

Melihat awam yang putih, SubhanaAllah cantik sangat. Terasa dekat, seakan boleh menyentuhnya dengan jari. Itulah indahnya ciptaan Allah s.w.t.

Aku Ada Wali

''SYUMAILA, seorang anak gadis yang tidak berpacaran seperti generasi muda yang lain. Meskipun jauh beribu batu dari keluarga, Syumaila tetap ingat prioritinya. Ke medan ilmu di Bumi Korea Selatan untuk kenal Pencipta. Bukan leka bermaksiat atas nama 'cinta'.

Dia menunjukkan ketegasan diri apabila diuji cinta lelaki. Berurusan dalam batas keperluan sahaja. Tiada dating. Tiada khalwat berdua-duaan. Tiada keluar makan sekali. Tiada ungkapan cinta sayang.

Fitrahnya, dia juga mempunyai impian untuk berkahwin. Dia tidak memilih cara 'menghampiri jalan-jalan zina' sebelum menuju ke alam rumah tangga. Dia tidak mahu hatinya tercemar dengan leka dan murka Allah. Dia memilih strategi 3P. Pause! Prioriti! Pergi! Baginya inilah saat 'menahan', apabila berbuka penuh 'keterujaan'.

Akhirnya, dia menjadi isteri yang sangat memahami dan penyayang selepas nikah. Yang haram sekejap sahaja, yang halal lebih luas. Berkat memilih jalan yang terpelihara, rumah tangganya sangat bahagia meskipun ujian tidak surut datang menerpa.''




Satu lagi karya hebat dari pasangan suami isteri Ustazah Fatimah Syarha dan
 Dr.Farhan Hadi..
Drama yang disiarkan di TV Al-Hijrah yg melakukan penggambaran di Malaysia dan Korea