" Percikan Kehidupan "

" Percikan Kehidupan "

Monday, 16 June 2014

Dugaan buat sahabat

Gerak hati xpernah menipu!

Sungguh, 
hati tdak tenang petang tdi,
fikiran asyik memikirkan sahabat,
Gundah tdak terkira.

Tapi,
ana cuba positif,
positif, dan positif!

Allah,
panggilan itu membuatkan ana berdebar,
patut laaa, 
Terima kasih kpda hati mulia yang membantu.

Semoga cepat sembuh sahabat,
Doa ana sentiasa mengiringi enti,
Salam sayang buat diri enti 


Kenapa dgn cara yang kejam antum mencari rezeki?

Antum sanggup makan duit haram,
Sanggup membuat orang lain menderita,
Sedangkan antum bergembira dgn hasil yang haram.

Ya Allah, 

bukalah pintu hati manusia2 yang sedemikian,
agar dapat celik melihat dunia ini,
bukan kabur dgn hati hitam.

Lelaki berjanggut !

RasuIullah suka tengok lelaki berjanggut walau sehelai. 

Pada Zaman Rasulullah..ada seorg lelaki yg berjanggut 2 helai dtg ke masjid dan masa mengambil wuduk..lelaki tersebut memandang Rasulullah..
Rasulullah pun senyum kpd lelaki itu..lelaki itu hairan mungkin Rasulullah senyum kerana janggut lelaki itu hnya 2 helai di dagu.. 
Keesokkan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah m
encukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelak tersebut… Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda… “Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini? ” Lalu Baginda menjawab” Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu di janggutmu wahai sahabat.."


Saturday, 14 June 2014

Abahku sayang

Ramainya hari nei dok post gambar 
ayah, abah, papa, daddy, abi, walid.

Semua panggilan adalah merujuk seorang 
yang bergelar 'bapa'.
Alhamdulillah, masing2 dianugerahkan dengan seorang
insan yang sangat menjaga keluarganya,
sentiasa mengambil berat,
selalu ada perasaan risau akan anak2,
senantiasa bekerja keras untuk rezeki anak2,
Dialah ketua keluarga.
"Abah"!

Lagi comey kalau,
buka al-Quran,
sedekahkan al-fatihah,
doakan kesejahteraan mereka,
In shaa Allah,
doa yang ikhlas akan sampai kepadanya.

Ana pom sayang abah 
Sayang mama,
sayang keluarga ana.
termasuk orang2 yang sentiasa di sisi.

Cover our "aurah".


Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah, kita masih diberikan nikmat hidup pada hari ini.
Ingin berkongsi sesuatu yang dianggap kecil tapi besar impaknya ^ _ ^ 

Ya, ana jugak baru bermula,
Jom laa sahabat ana yang lain,
kita mulakan kehidupan baru,
dengan langkah yang lebih sempurna.

Kenapa?

Sebab seorang anak gadis yang sayangkan ayahnya pasti akan menutup aurat kerana dia tidak mahu ayahnya diseret ke dalam neraka.

Begitu juga wanita yang sayangkan suaminya pasti akan menutup auratnya kerana tidak mahu suaminya diseret ke dalam api neraka.

Semua boleh fikir sendiri kam?

Jangan ambil ringan soal aurat ni.
Sayang diri dan mereka yang tersayang.
Tutup la Aurat.
Mulakan dengan perkara2 kecil 

Tatkala Asma' binti Abu Bakar masuk ke tempat Rasulullah SAW berada sedangkan dia memakai pakaian sedikit nipis. Rasulullah SAW lalu berpaling daripada memandangnya sambil bersabda yang bermaksud:

"Wahai Asma', sesungguhnya seseorang wanita itu apabila telah baligh (haid), maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini." Rasulullah SAW sertakan lafaznya "ini dan ini" dengan mengisyaratkan wajah dan kedua-dua tapak tangan. 
- HR. Abu Dawud - 



Friday, 13 June 2014

Gagal !

Sungguh ana kecewa saat ini.
Kenapa tidak?

Ada yang bermain kata dibelakang ana,
Tapi Allah tunjukkan dengan cepat,
Alhamdulillah.

Sekurangnya ana tahu mana yang yang elok,
mana yang buruk buahnya.
Xperlulah ana buang masa fikir tentang dia,
Sikit2 rasa nak kongsi masalah dengan dia.

Rupanya ana masuk mulut buaya,
Sadis!
Ana rasa diperbodohkan,
Sebab apa?
Ana kalau ada masaah dengan dia,
ana mengadu kat Allah,
ana minta wasilah daripada Allah,
Bukan ana pergi canang dia rata2.

Tapi dia?
Ok ana faham,
ana sebenarnya tiada nilai di mata dia,
ana jee perasan,
ingat bawa ke syurga kononnya ukhwah yang dibina.

Wednesday, 11 June 2014

Aku yang lemah!

Bismilahirahmanirrahim ...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Sudah lama ana tidak berteman dgn sahabat ana yg nei,
Terasa rindu plak malam nei..
Ana sapu habuk cket yee. =D 

Sket jee ana nk luah,
Cuma untuk ringankan beban di kepala.

Sungguh selama nei, ana tiada kekuatan untuk meneruskan kehidupan.
Kenapa?

Sebab ana xmacam budak perempuan lain,
Ana ditimpa satu kemalangan kecil di rumah,
Tapi besar impaknya.


Siapa yang nak semua nei berlaku?
Ana malu untuk berdepan dgn kwan2,
Ana rasa rendah diri,

Ana sering diejek,
Bagaimana ana nk menahan diri supaya kuat?
Ana bukan besi yang tiada perasaan.

Ana cuba harungi semua itu,
Kadang ana terfikir kenapa Allah bagi ujian nei untuk ana,
Ana tak kuat nk hadapi..
Ana menangis, menangis dan menangis.


Apa boleh ana buat?
Ana bukan dari keluarga berada nk buat pembedahan,
Ibu bapa ana bukan org berduit,

kami biasa saja, sekadar cukup untuk keperluan.

Sehinggalah ana meningkat dewasa,
Remaja..jadi seorang gadis.
Ya Allah, masa nei lagi laa macam2 perasaan yang timbul dalam diri ana.
Berada di sekeliling ribuan remaja yang cerdik,
dikelilingi ribuan yang sempurna parasnya.
Tapi ana?

Tidak dapat ana gambarkan perasaan pada waktu itu,
semua seakan tertanya2 kenapa budak nei di sini?
Antum xthu perasaan ana,
ana hanya mampu pandang dan senyum.
tiada kekuatan untuk ana berbicara.
sudikah mereka berbual dengan ana.

ana mendiamkan diri, 
seakan ana berada di satu tempat yang sangat asing.
Tapi masa 2, ana kuat sebab satu benda je.
Sebab ana ingat abah dan mama ana,
ana ingat kegembiraan mereka,
ana boleh nampak mereka tersenyum pada ana.

Kejap je, ana dh msuk 22 tahun.
Setiap kali ana berdoa selepas solat, 
ana ada jugak bertanya kenapa ana ditakdirkan macam nei?
Kenapa ana, ana bukan pilihan tepat untuk diberikan ujian nei.
Kenapa ana kata mcm 2?
Sebab ana selalu menangis,
selalu sangat, lebih2 lagi jika ada yg bertanya.

Ana malu. 

Ana cuba positifkan diri,
ini ujian Allah, Allah beri semua nei sebab Dia sayang.
Janganlah sedih, jangn marah dengan Dia.
Setiap yang berlaku ada sebab,
Dia punya jawapan kepada setiap pertanyaan ana.
Ok, ana cuba jadi kuat.

Sebab 2 ana sangat berterima kasih kepada sahabat2 
yg sudi kwan dgn ana,
sebab ana thu ana xmacam mereka.
Tapi kadang2 ana ada jugak guris hati mereka,
ana mintak maaf, ana xder niat sbnarnya.
ana bersyukur setiap persinggahan ana, 
akan ada yg sudi menghulurkan tali persahabatan.

Maaf, ana memang lemah!
Lemah untuk hadapi ujian yang kecil,
orang lain lgi besar ujian mereka,
tapi ana, bru sikit tapi dh lembik.
tolong kuat, sikit2 nk nangis.
dh kenapa?

Ingat Allah,
Dia sayang, sebab tu Dia bagi ujian.

Wednesday, 7 May 2014

Allah is no 1


Bismillahirahmanirrahim ....


Assuming today stands stronger.
Are we going to let it continue?
Never! Do not let it confuse the mind.

restless heart you today.
liver What can cure this?

Yeah! Some are able to treat it. Resilience, patience, prayer, quiet face. course we can not change the past but we can change ourselves. Who we are today and who we are in the future. He knows everything!

But you have no support from people close to you, there is a God who is always watching you. Coax heart, Remember, God is ... God knows .. God see .. He heard the groaning servants of God love God only test, little, short time He longed Servants Do not cry, wipe tears. Smile. Observe heart. ahead so good.