Aku gadis biasa,
yang tidak punya apa,
yang masih bertatih mencari redha Allah,
masih mentafsir erti bahagia.
Tidak terlalu mesra,
dan kadangkala tidak peduli apa orang kata,
Hidup bukan untuk membuat orang suka
kerana redha Allah tidak terletak pada redha manusia.
Jika aku leka, tegurlah...
Jika aku lupa, ingatkanlah...
Kerana aku hanya gadis biasa,
Tidak mungkin sempurna.