" Percikan Kehidupan "

" Percikan Kehidupan "

Wednesday, 25 December 2013

Kejamnya Aku !

Bismillahirahmanirrahim...
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Harap dikau lebih bahagia dengan kehidupan baru,
Walau bukan aku disisi,
Yakinlah Allah s.w.t sentiasa ada,
Tiada yang lebih baik dari perancanganNya.

Redhalah dengan keputusan ini,
Aku bukan yang teristimewa untukmu,
Pergilah,
Cari ketenangan yang kau perlukan.

Sepuluh jari memohon kemaafan,
Mungkin aku kejam terhadap dirimu,
Namun harus aku lakukan,
Takut aku semakin menyakiti dirimu.

Persefahaman yang aku inginkan,
Tidak dapat aku cari,
Aku harap kau mengerti,
Biarlah diri ini dikatakan KEJAM.

Perkenalan yang terbina,
Hanya mampu di sini saja,
Ini adalah suratan,
Jodoh kita di sini saja.

Terima kasih.


Saturday, 21 December 2013

Terbang ke Sarawak

Alhamdulillah setelah satahun jarak memisahkan kami. Akhirnya dapat juga berjumpa dengan keluarga Ayah Chik. Bila bapa saudara kerja jauh, ia menyukarkan kami untuk bersua dan berkumpul seperti biasa. Cuti sekolah pada kali ini, bapa saudara dan keluarga telah pulang ke kampung di rumah abah. Mereka tinggal selama tiga minggu. Kekangan masa yang dialami oleh aku, kakak dan ibu saudara di sini kami ganti dengan menuggu mereka di lapangan terbang untuk berjumpa walau masa yang kami ada hanya singkat.

IBU SAUDARA (TUDUNG BIRU)

MASA SUAP NASI KAT ANAK-ANAK KECIL

BERSAMA IBU SAUDARA
SEPUPU

Semoga semuanya selamat dan bertambah rezeki bapa saudara untuk anak-anak. Amin. Nanti untuk tahun akan datang boleh hantar anak-anak balik awal sikit.

Karnival Upin Ipin

Kelmarin, aku bersama keluarga telah menyinggah di Bukit Jalil membawa askar-askar kami ke Karnival Upin Ipin.

TAK CUKUP SEMUA KELUARGA

UPIN IPIN KAMI



Thursday, 19 December 2013

Majlis Penyampaian Hadiah Diskusi Novel SKMM2093 Sesi 2012/2013

Alhamdulillah....Alhamdulillah...Alhamdulillah yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t.

Bagi "Majlis Penyampaian Hadiah Diskusi Novel SKMM2093 Sesi
2012/2013" yang berlangsung hari ini, kumpulan kami mendapat tempat ketiga bagi kategori poster terbaik.

Saya juga bersyukur kerana diberikan tempat
dalam kategori esei terbaik walaupun tidak mendapat tempat pertama atau kedua mahupun ketiga. Alhamdulillah.


Wednesday, 18 December 2013

Jualan Gudang

Alhamdulillah...Allah Maha Besar Tuhan sekalian alam.

Sempat juga pergi ke Nilai untuk jualan gudang tahun ni.
Wah! Ramai sangat, berebut-rebut, masing-masing nak sesuatu yang murah dan masih elok.

Setiap tahun jualan gudang akan dibuat di sini. Dalam kesibukan kakak memilih dan membeli, anak saudara aku dah letih ke hulur ke hilir. Lantaran itu, aku letakkan dia atas kusyen dan bantal di tengah-tengah gudang tersebut.

Muka abang penat sangat, tapi masih nak main lari-lari dalam tu. Sekejap je duduk, lepas tu terus berlari-lari. Kita pula yang letih nak kejar dia dalam kesesakan orang ramai.

Terbang ke Kampung

Bismillahirahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Buat kali pertama pulang ke kampung dengan menaiki kapal terbang. Lebih mengujakan bila aku hanya pulang seorang diri sahaja.

Aku bertawakal kepada Allah s.w.t. semoga perjalanan pada hari itu selamat dan aku harus menyesuaikan diri dengan pengalaman pertama. 

Melihat awam yang putih, SubhanaAllah cantik sangat. Terasa dekat, seakan boleh menyentuhnya dengan jari. Itulah indahnya ciptaan Allah s.w.t.

Aku Ada Wali

''SYUMAILA, seorang anak gadis yang tidak berpacaran seperti generasi muda yang lain. Meskipun jauh beribu batu dari keluarga, Syumaila tetap ingat prioritinya. Ke medan ilmu di Bumi Korea Selatan untuk kenal Pencipta. Bukan leka bermaksiat atas nama 'cinta'.

Dia menunjukkan ketegasan diri apabila diuji cinta lelaki. Berurusan dalam batas keperluan sahaja. Tiada dating. Tiada khalwat berdua-duaan. Tiada keluar makan sekali. Tiada ungkapan cinta sayang.

Fitrahnya, dia juga mempunyai impian untuk berkahwin. Dia tidak memilih cara 'menghampiri jalan-jalan zina' sebelum menuju ke alam rumah tangga. Dia tidak mahu hatinya tercemar dengan leka dan murka Allah. Dia memilih strategi 3P. Pause! Prioriti! Pergi! Baginya inilah saat 'menahan', apabila berbuka penuh 'keterujaan'.

Akhirnya, dia menjadi isteri yang sangat memahami dan penyayang selepas nikah. Yang haram sekejap sahaja, yang halal lebih luas. Berkat memilih jalan yang terpelihara, rumah tangganya sangat bahagia meskipun ujian tidak surut datang menerpa.''




Satu lagi karya hebat dari pasangan suami isteri Ustazah Fatimah Syarha dan
 Dr.Farhan Hadi..
Drama yang disiarkan di TV Al-Hijrah yg melakukan penggambaran di Malaysia dan Korea


Monday, 16 December 2013

Badut Fakulti

SESI MENYIAPKAN TUGASAN
JAM 2.23 pagi, masih bertungkus-lumus menyiapkan kerja. Saya bangga ada kawan-kawan yang rajin macam ni. Semua comel-comel. Sama-sama menyiapkan tugasan bersama.

Sesi Fotografi Fakulti

Kami diberi peluang untuk menjadi model bagi fakulti kami. Sesi fotografi ini adalah untuk promosi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Serius terasa macam tumpuan pada hari tersebut.



Taman-taman Ilmu

Alhamdulillah.....Alhamdulillah...Alhamdulillah kerana diberikan ruang dan peluang untuk menimba santapan rohani. Syukur alhamdulillah kerana masih menjemput hambaMu ini ke taman ilmu yang penuh manfaat dan menjadi petunjuk untuk menuju ke jalan-Mu.




Kayuhan X-Treme Bersama Team Lakers


Masih segar dalam ingatan, kenangan bersama kawan-kawan sewaktu berbasikal di salah satu daerah Negeri Sembilan. Ini adalah kali pertama menyertai program berbasikal dengan kerjasama 'team lakers'. Pengalaman ini sangat bermakna, di mana perjalanan kami sangat mencabar. Berbasikal di jalan yang berliku, berbukit dan berbatu. Wah ! Sesuatu yang mengujakan.

'STRECHING'
PESERTA BERSEDIA DAN MENGAMBIL TEMPAT
PESERTA DILEPASKAN
PUNCAK BUKIT
SEMUA PESERTA
Semasa hari kejadian, saya terjatuh dari basikal sewaktu mengelak dari rakan saya yang hampir melanggar saya dari belakang. Degupan jantung pada saat itu tidak dapat digambarkan dengan kat-kata. Alhamdulillah, tiada apa-apa yang teruk berlaku. Pengalaman ini menjadi cebisan dalam ingatan ini. 



Thursday, 12 December 2013

Majlis Diskusi Novel

Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Hanya ungkapan untuk hari ini selepas selesainya majlis diskusi novel "Hikayat Akronisme" pada hari ini.


Kami sebagai pihak penganjur amat bersyukur kerana segalanya berjalan dengan lancar dan teratur.
Pada mulanya, saya agak bimbang akan perjalanan majlis kami pada hari ini, lebih-lebih lagi kami merupakan penganjur yang akhir. 

Saya amat gembira juga kerana poster untuk majlis ini adalah hasil kerja saya cuma saya sedikit terkilan kerana terdapat sedikit kecacatan. Ini adalah pengalaman buat kali kedua saya membuat poster. 

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang memberi tunjuk ajar dan semua ahli kumpulan saya yang sama-sama berusaha supaya majlis pada hari ini berjalan dengan lancar.

Dr. Kamariah Kamaludin

Alhamdulillah, hari ini sekali lagi saya diberi peluang untuk berjumpa dengan seorang penulis yang hebat dan sangat kreatif dalam bidang penulisannya. Sekali dakwat menitik, semuanya indah belaka.

JEMPUTAN KHAS UNTUK KELAS
PENULISAN KREATIF
 DR. KAMARIAH KAMARUDIN
Terima kasih kepada Dr. Mawar kerana menemukan kami dengan seorang lagi guru hebat dalam dunia penulisan. Beliau merupakan sahabat kepada pensyarah kami, Dr. Mawar. Beliau sangat "sporting" dan boleh memahami pelajar dan mesra walau pun ini adalah kali pertama perjumpaannya.

Perkongsian ilmu yang sangat berguna dan boleh dijadikan panduan dalam proses mencapai cita-cita sebagai seorang penulis yang berjaya.

Harap di lain waktu, kita akan bertemu lagi.

Ustaz Zahiruddin Zabidi

Alhamdulillah, berkesempatan berbual dan berkongsi sedikit ilmu dengan seorang yang tinggi ilmu agamanya bagi saya. Zahiruddin Zabidi atau nama penuhnya Ahmad Zahhiruddin Zabidi adalah seorang penulis di Malaysia.Beliau tidak hanya menumpukan pada satu genre dalam penulisan tetapi beliau menerbitkan pelbagai genre penulisan seperti novel, buku motivasi dan islamik.


Pada program " Jom Gegar Ilmu 2013" yang berlangsung pada isnin lepas iaitu 10 Disember 2013, kami telah berpeluang berjumpa dan beliau telah berkongsi ilmu dengan para pelajar di UKM terutamanya yang menyertai program ini. Alhamdulillah, satu perkongsian yang sangat baik dan boleh menjadi ikhtibar.


Wednesday, 11 December 2013

Permainan zaman kanak-kanak

Sudah 21 tahun meninggalkan zaman kanak-kanak, masa begitu pantas berjalan.

Seusai gotong royong, selepas makan tengah hari. Melihat Jongkang-jongkit yang kosong membawa diri ini cuba menoleh ke masa lalu.



Tuesday, 10 December 2013

Saat Dada Berombak

POSTER DISKUSI 
Alhamdulillah, saat itu tiba jua. Pada mulanya perasaan takut menguasai diri tapi pada hari kejadian semua perasaan lari dari naluri. Segalanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

Terima kasih kepada pihak penganjur, rakan-rakan dan juga pensyarah kami Encik Che Abdullah Bin Che Ya. Tak lupa juga kepada pengkritik tetap majlis diskusi novel, Dr. Zubir Idris.

p/s : poster cantik , terima kasih penganjur.

Wednesday, 4 December 2013

Rasa Cinta Buat Sahabat


Sedikit renungan yang diberikan oleh salah seorang pensyarah kursus. Besar maknanya.

Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan tetapi persahabatan tidak mungkin ada tanpa rasa hormat, ini adalah salah satu hal yang membuat persahabatan lebih daripada rasa cinta.
                                                                               (Mile De Scudery)


KAWAN-KAWAN TINGKATAN 6

Monday, 2 December 2013

USRAH 3.0


Assalamualaikum..untuk 'entry' kali ini saya ingin menyatakan objektif USRAH yang mungkin ramai dalam kalangan kita tidak mengetahuinya.


  • Melahirkan Mahasiswa yang beriman, bertaqwa, berjiwa murni berlandaskan panduan al-Quran dan as-Sunnah.
  • Mempertingkatkan bakat kepimpinan mahasiswa menerusi penglibatan mereka dalam organisasi dan pengurusan bagi melahirkan insan yang berjiwa kental dalam menempuhi cabaran hidup.
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga dan staf Unisel.
  • Memantapkan lagi sahsiah mahasiswa yang berteraskan ilmu bagi mempertingkatkan jati diri yang jitu dalam aspek kecemerlangan akademik dan sahsiah yang mulia.
  • Melahirkan insan yang bersepadu dari segi rohani dan jasmani untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
  • Sunday, 1 December 2013

    USRAH 2.0


    Pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.
     ‘Usrah’ bukan sahaja tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu, malahan ia merupakan tempat untuk sesama ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah dan bertolong-tolong  apabila ada ahli yang  ditimpa kesusahan. Usrah juga merupakan satu medium dakwah untuk berdialog mengenai Islam secara dinamik. Dengan ini ia dapat meningkatkan mutu ukhuwah atau persaudaraan antara pelajar, pensyarah, kakitangan akademik dan pentadbiran.

    http://www.youtube.com/watch?v=fQycgLkA1PI

    Apa Itu USRAH?

    Alhamdulillah...syukur sangat, USRAH tiba lagi. 
    Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, (الأسرة ) yang bermaksud keluarga. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili. Di dalam kamus al-Munjid Fi al- lughatu Wa al-A’lam adalah mufrad kepada (أسر ) iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.




    Manakala dari segi istilahnya pula, usrah  bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah di dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud “ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).

    http://www.youtube.com/watch?v=NISW7giNgbc