" Percikan Kehidupan "

" Percikan Kehidupan "

Friday, 28 March 2014

Jalan Allah


Subhanallah ... Semoga saya akan tergolong dalam kalangan wanita yang bertuah ! 



Jika wanita cantik yang dicari,
Dia bukan saya ...
Jika wanita solehah yang dicari,
Dia bukan saya ...
Jika wanita ayu yang dicari,
Dia bukan saya ...
Jika wanita yang berpurdah yang dicari,
Dia juga bukan saya ...

tapi ...


Jika wanita yang ingin dibimbing,
ya ! Dia adalah saya ...
Kerana saya tidak sempurna,
Saya masih dalam proses pembelajaran
 .


Ya Allah , kuatkanlah aku untuk mengharungi ujianMu ...

Bantu aku untuk terus mencintaiMu ....
Pimpinlah aku untuk menagih kasihMu ... 

Hati Ini

Kenapa ? Kenapa aku ? Aku tidak sekuat Siti Hajar ...
Bersama kegembiraan pasti ada kesedihan ... Bersama air mata pasti ada senyuman ... Bersama dugaan pasti ada anugerah ... Bersama musibah pasti ada hikmah ...

Allah ! :'(
Maaf diri ini lalai , hati ini perlahan mengkhianati ikrar diri ...
Sudah diriku berusaha untuk jauh dari soal ini ...
Tapi ia datang ...
Dtang mengetuk pintu hatiku ...
Subhanallah ...
Adakah aku bersalah kepadaMu ?

Hijrah ini

Assalamualaikum sahabat .... terlalu lama rasanya Rose menyepi ..
hari nei Rose ingin berkongsi sedikit sahaja ..


Aku bukan jahil agama. Aku sedar apa yang aku buat ni salah. Tapi aku tak ada kekuatan untuk itu.

Lalu, aku cuba bangun sendiri. Aku teroka dunia Islam yang sebenar dan aku temui kemanisan berhijrah serta keutuhan ukhwah.

Terima kasih diri kerana dikau berani berhijrah.
Terima kasih Allah kerana dikau sentiasa menunggu taubatku.