" Percikan Kehidupan "

" Percikan Kehidupan "

Tuesday, 14 January 2014

Salam Maulidur Rasul


Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul awal 1435 H l 14 Januari 2014


Assalamualaikum WRH WBT.

"Rasulullah.. dalam sirah mu, 
ku temu tulusnya cinta,
demi umat mu berkorban jiwa sehingga hujung nyawa"
"Rasulullah... dengan hikmah mu
terpancar syiar agama 
mengubah gelap menjadi terang menghapus jahiliyah"

لَقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِىۡ رَسُوۡلِ اللّٰهِ اُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَنۡ كَانَ يَرۡجُوا اللّٰهَ وَالۡيَوۡمَ الۡاٰخِرَ وَذَكَرَ اللّٰهَ كَثِيۡرً
Sungguh telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi mu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah (Al-Ahzab : 21)

Tanggal 12 Rabiul awal Tahun Gajah, lahir seorang bayi yang bernama Muhammad Bin Abdullah, lahirnya membawa rahmat ke seluruh alam, seluruh alam merasainya.
Di utuskan kerasulan pada umur 40 tahun di kala umur mudanya, Rasulullah SAW ditaklifkan untuk menyampaikan risalah kepada seluruh umat supaya beriman kepada Allah dan Rasulullah SAW serta berpandukan kepada kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada baginda iaitu al-Quranulkarim. Nabi Muhammad SAW berijtihad dan berjihad menyebarkan risalah tersebut dan disambung oleh para sahabat, tabi' tabiin, seterusnya para ulama warosatul anbiya'.

Sedarilah wahai umat Muhammad SAW, tanpa perjuangan Nabi dan para sahabat baginda yang dirahmati Allah dengan kuasa Allah, Islam tidak akan tersebar, kita tidak mungkin dapat merasai nikmat iman dan Islam. 

Sabda Rasulullah SAW, Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-sama ku di dalam syurga. (Riwayat al-Sajary drpd Anas)

Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, amalkan sunnah Nabi dalam kehidupan seharian kita dan menyambung perjuangan baginda SAW.
Kalau bukan kita, siapa lagi ? Kalau bukan sekarang bila lagi?
JOM hidupkan sunnah baginda yang kita cintai dan rindui.

Perbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW sebagai tanda kasih kepada baginda.

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (33:56)

Dari Abu Hurairahzbahwa Rasul Allah Subhannahu wa Ta’ala bersabda ;
“Barang siapa berselawat terhadapku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.” (HR. Muslim)



Monday, 13 January 2014

Huru-hara Kami

Alhamdulillah ... Alhamdulillah ... Alhamdulillah ...
Berjaya juga BBQ akhir untuk sem 3. Sepanjang pembelajaran di sini, setiap masa perkara ini diusulkan dan dirancang tetapi ada saja halangan yang menyebabkan ia ditunda dan ditunda.

BIRTHDAY ALL IN ONE ! 
Tapi sayang tak semua dapat datang, sedikit hampa pada diri ini. Ok, kita ada tiga sem lagi. 
Nanti kita buat lagi dan pastikan semua dapat datang ! :) 

ZORRO BUDDIES

Satu malam yang indah buat semua. Manis sayang manis. 



Anak Kembar

Bismillahirahmanirrahim...Mungkin boleh diamalkan kepada sesiapa yang menginginkan anak kembar.

Saya selalu berhalusinasi saya ada anak kembar, wah ! syok sangat.

Wednesday, 8 January 2014

Hari Bahagiaku

Masyaallah, subhanaallah...Alhamdulillah Ya Allah, sehingga hari ini pada tarikh 09/01/2014 Engkau masih memberikan nafas kepada hamba. Setiap nafas yang aku hembus adalah milik-Mu.

Tepat jam 12.00 malam, aku mendapat satu pesanan ringkas dari seorang sahabat @ junior sekolah..
Aku membaca teks yang dikirim, tiba-tiba aku sebak....Aku sebak saat kiriman itu dibaca. Masyaallah begitu murninya kasihmu pada kaq Rose. Kemudian, satu lagi kiriman dari sahabat di kampung yang membelah dada aku pada saat itu.

Rintihan malam turun ke pipi, Ya Allah kenapa ni?
Aku menjadi sebak pada hari bahagia aku..
Kemana semua kegembiraan?
Mana keceriaan itu?
Senyuman yang terukir mati.

Jika ini adalah tahun akhir dalam kehidupan hamba, hamba redha Ya Allah.

Tapi terima kasih Ya Allah kerana mempertemukan aku dengan orang-orang di sekeliling yang sangat baik dan menyayangi diri ini.

Terima mama yang melahirkan achik ke dunia, terima kasih yang tidak terhingga kepada abah dan kaum keluarga. Achik sayang semua. Terima kasih kepada semua yang mengenali dan beribu-ribu kemaafan Rose harapkan daripada semua.


Monday, 6 January 2014

Melaka Mai


Hidup ini umpama laut yang disangka tenang tapi disebaliknya ada ombak yang membinasakan.
Angin pantai dikala pagi sejuk sekali, ramai juga datang bersarapan di pantai bersama keluarga. Wah ! seronok tengok mereka. Pantai Puteri Melaka <3

Motor

Assalamualaikum sahabat semua...
Hari ini Rose nak kongsi cerita pasal keluar dari UKM dengan bawa sendiri motor.
p/s : terima kasih pada tuan motor

Subhanaallah, ni kali pertama Rose bawa sendiri motor... Sebelum ni bonceng belakang kawan je, dah tak pandai nak bawa.. :)
* sape suruh dia bawa ego..hi3 ~


Wednesday, 1 January 2014

TURUN !

Datang dengan sukarela,
Demi sebuah perubahan,
Demi sebuah harapan,
Kamilah rakyat Malaysia!