" Percikan Kehidupan "

" Percikan Kehidupan "

Monday, 28 October 2013

Cinta Ini


 Bismillahirahmanirrahim...

Lantaran kehidupan ini yang masih panjang perjalanannya, setiap orang inginkan yang terbaik dalam hidupnya. Begitu juga diri ini yang kerdil disisiMu Ya Allah.

Harapan dan harapan sentiasa ada, tapi aku takut untuk melangkah ke jalan yang berliku ini. Aku takut langkahku salah, mungkin akan mengaibkan. 

Namun, benteng aku bina selama ini  jatuh dengan sendirinya tetapi teguh berdiri di dalam hati seorang insan yang bernama 'kematian'. Biarlah segalanya indah di dunia dan juga di akhirat kelak. Semoga mendapat redha Allah s.w.t.

Sunday, 27 October 2013

Pre-Konvo

Assalamualaikum....
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, Tuhan semesta alam yang
menciptakan langit dan bumi.

Hari ini aku mendapat peluang untuk bergambar dengan jubah konvokesyen, sangat penat tapi seronok. Satu kenangan yang manis untuk diingati.


Terima kasih yang tak terhingga kepada senior dan juga sahabat saya yang meluangkan masa bersama hari ini. 


Cantik ! Saya sangat sukakanya. 




Friday, 25 October 2013

Sekeping Coklat Sebuah Ukhwah

Bismillahiramanirrahim....
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t. untuk meneruskan perjalanan di duniaNya. 


" Indahnya persahabatan itu, hanya dengan sekeping coklat sebuah ukhwah terjalin antara kami."

Keakraban yang terjalin kekal sehingga ke hari ini. Mereka sentiasa bersatu dan bersepakat dalam membuat sesebuah keputusan. 


 Sekeping coklat bermulanya sebuah persahabatan di sebuah rumah anak yatim antara tiga orang kanak-kanak.
" Nak coklat cadbury hazelnut!"
Apa yang sering keluar dari mulut munggil seorang sahabat. Engkau yang terindah.

Wira Kami

AYUH KELATEKU
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan peluang ini sekali lagi kepada pasukan kita (TRW).

Satu perlawanan yang cukup mendebarkan bagi penyokong TRW, pasukan kita yang ketinggalan di belakang ATM sehingga minit ke- 80 menimbulkan kegelisahan kepada para penyokong. Namun, jaringan Fakri pada minit ke-82 memberi harapan untuk menuju ke 'final'. Harapan ini dikemaskan lagi dengan jaringan cantik oleh kapten pasukan TRW sendiri iaitu Piya. 

Harapan saya agar TRW mampu untuk menjulang Piala Malaysia. Semoga berjaya dan terus maju jaya pasukan kesayangan Kelantan. 



Sahabat Tercinta


Assalamualaikum ya akhi wa ukhti...

Bismillahiramannirahim dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Sungguh aku sangat menginginkan kegembiraan ini berulang lagi. Wajah yang ceria dan riang ini telah menjadi sebahagian daripada kehidupan aku sejak bergelar mahasiswi UKM.

Sahabat yang comel dan kacak kamu adalah antara anugerah yang Allah kurniakan kepada aku di dunia ini. Terima kasih atas perkenalan dan kesempatan ini Ya Allah. 

Tuesday, 1 October 2013

Perempuan Itu

Perempuan... lirikan matanya ibarat sembilu menusuk di kalbu. Firasat senyumannya adalah kuntuman rindu. Dan sentuhan jari-jemarinya yang hangat bisa mendebarkan jiwa setiap insan. Itulah perempuan. 

Perempuan itu, yang selalu mengikuti aku kemana saja aku pergi. Ya, aku telah sembunyi dari dia tetapi dia tetap mengikuti aku dari belakang.

Mengapa? Tolonglah faham, aku tak mahu dia berada di sini tapi dia tetap setia berjalan dan mengekori aku perlahan-lahan.

Dia yang selalu aku rindukan. Sebab itulah dia sentiasa dan sentiasa berada dekat di hati ini. Setiap kali aku cuba lelapkan mata, kenangan itu berlengar-lengar di kaca mataku.

Perempuan itu, dia adalah nenek yang telah lama aku berjauhan. Bilakah masa itu akan tiba untuk kita bersua kembali?